29 January 2013

Roti Telur Bunga/Roti Telur Mata Kerbau

Assalamualaikum,

Sarapan paling simple sekali...hehehe. Setengah orang panggil makanan ni Benjo...ye ke? Walaupun simple je tapi sedap jugak roti telur mata kerbau ni sebab ada sekali mayonis dan sos black pepper. Sementara nak tunggu makantengahari kira kenyang jugak la pagi tu makan sarapan ni je. Anak-anak dan hubby pun suka, kira ok la tu....

Jom layan resepi kat bawah;
 

 

ROTI TELUR BUNGA / ROTI TELUR MATA KERBAU
 
Bahan-bahan:
Roti
Telur
Mentega
Mayonis
Sos Black Pepper
Sos Cili

Cara-caranya:
*Goreng je telur macam biasa, lepas tu letak atas roti yang disapu mentega dan tunag la bahan-bahan sos tadi.
 


Ni la acuan bunga yang Ifa guna...hehehe...

Asam Laksa

Assalamualaikum.

Hari ni nak tunjuk asam laksa pulak. Sebenarnya asam laksa ni Ifa dah buat masa hari minggu lepas, tetiba pulak tekak ni nak makan laksa buat sendiri. Kalau beli memang tak cukup sbb Ifa ni suka kalau ada kuah laksa banyak. Asam laksa ni memang simple sangat dan Ifa belajar dari mak Ifa. Jom tengok resepi mudah kat bawah ni;

ASAM LAKSA


Bahan-bahan:
2 kilo ikan kembung - dibersihkan dan direbus
10 biji bawang putih - ditumbuk
5 - 8 sudu besar cili kisar
1 inci belacan - ditumbuk
2 kuntum bunga kantan
Daun kesum
Asam keping 5 - 8 keping
Garam dan perasa

Hiasan:
Cili merah
Timun
Bawang besar
Limau kasturi

Cara-cara:
1. Rebus ikan kembung dan simpan air rebusan.
2. Asingkan isi dan tulang ikan. Tumbuk isi ikan dan asingkan. - Ifa blend je.
3. Kemudian blend tulang ikan dan tapis ambil air sahaja.
4. Dalam periuk air rebusan ikan tadi, masukkan bawang, belacan yang telah ditumbuk tadi beserta dengan cili kisar. Kemudian masukkan isi ikan tumbuk dan air tulang yg telah ditapis tadi.
5. Biarkan mendidih dan masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Masukkan garam dan perasa. Biarkan mendidih lagi.
6. Hidangkan bersama laksa yang telah direbus dan tabur hiasan diatasnya.

"SELAMAT MENCUBA"




24 January 2013

Sup Ikan Merah

 Assalamualaikum.

Ni menu petang semalam, memang dah rancang nak masak sup kepala ikan merah ni. Lepas je solat subuh tu hubby dah pergi kedai dekat rumah tu je beli ikan ni. Kedai makcik tu satu je yg buka awal pagi... lgpun suka beli kat situ sbb ikan dia fresh, sbb makcik tu pergi pasar borong seawal 4 pagi.

Ni memang menu peberet hubby la... suka sgt la dia mkn sup kepala ikan merah ni. Kalau anak-anak Ifa kurang pulak, cuma ambil kuahnyer saja, tp mkn dgn ikan merah goreng kunyit je la....pun sedap kalau ikan merah ni digoreng saje....goreng pun sodap.


SUP KEPALA IKAN MERAH

Bahan-bahan:
Kepala Ikan Merah - dicuci bersih dan ketepikan dulu.

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 bungkus sup bunjut ikan ADABI
5 cawan air
Daun sup 1 tangkai - dihiris halus
Bawang goreng - untuk tabur
3 sudu minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk tadi serta sup bunjut ikan.
3. Setelah agak kekuning-kuningan dan naik bau, masukkan air dan kepala ikan merah.
4. Biarkan mendidih hingga masak dan masukkan garam dan perasa.
5. Setelah ikan masak, masukkan daun sup dan biarkan mendidih sekejap, tutup api.
6. Hidangkan bersama bawang goreng.

"SELAMAT MENCUBA"



Telur Rebus Sambal Tumis

 Assalamualaikum.

Hari ni nak masak 1 jenis lauk je. Sbb tetiba je teringin nak mkn telur sambal lagi. Hubby Ifa dgn anak-anak pun tak kisah sbb diorg pun suke sgt2 telur sambal ni. 
Resepi ni Ifa dah pernah buat jadi boleh la korang tgk kat sini ye.
Selamat memasak.....










21 January 2013

Rendang Daging Balbari

Assalamualaikum.

Ini menu hari sabtu lepas, baru nak post kat sini. Pernah dengar tak nama masakan  ni? Pelik je kan...tak pasti la kenapa namanyer mcm tu. Menu ni Ifa belajar dari Allahyarhamah ibu mertua Ifa. Kalau je ada lauk ni mesti bertambah-tambah punye la. Bagi Ifa menu ni memang sedap dan yang paling penting hubby dan semua anak-anak Ifa suka.
Jom tengok resepi kat bawah ni.

RENDANG DAGING BALBARI


Bahan-bahan:
500 gm daging - dipotong nipis
2 biji bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
8 tangkai cili kering - dikisar
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit asam jawa ADABI
2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Gaul daging bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk serta cili kisar.
2. Masukkan minyak dan tumis daging yang telah digaul bersama bahan-bahan tumbuk tadi dan cili kisar.
3. Kemudian masukkan air dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk. (Boleh tambah air jika daging belum empuk.
4. Setelah daging empuk, masukkan kicap, asam jawa, garam dan gula. Masak hingga kuah pekat.
5. Sedia untuk dihidangkan.


"Selamat Mencuba"



Sambal Pedas Ikan

Assalamualaikum.

Hari ni Ifa cuti masak, cuma bagi arahan kat anak bujang Ifa. Dia nak sangat masak, jadi Ifa bagi je la. Dia dah syok sgt nak masak sejak balik kampung Tok Aki nya di Ipoh masa cuti sekolah tempoh hari. Tok Aki nyer memang pandai masak jadi dia belajar dari Tok Aki nyer la. Tak pe la, ibu bagi peluang kat abang ye.

Hari ni anak bujang Ifa nak masak asam pedas ikan. Ifa banyak kali dah masak menu ni tapi kelainan kat sini anak bujang Ifa yg masak...hehehe... Tapi boleh tahan jugak ye, kira pas jugak la ye...cuma dia terlebih letak minyak je...hehehe. 

Jom tengok resepi tu.

SAMBAL PEDAS IKAN

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru - dibuang kulit dan digoreng separuh masak.
* 21 tangkai cili kering
* 5 biji bawang merah
* sedikit belacan
1 sudu kecil halba
1 sudu besar gula
1 sudu kecil asam jawa - Ifa guna ADABI
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis

-Bahan bertanda * dikisar bersama.

Cara-caranya:
1. Tumis halba sebentar dan terus masukkan gula.
2. Masukkan bahan-bahan kisar tadi dan tumis hingga garing atau masak.
3. Masukkan asam jawa dan air. Masukkan juga ikan, bendi dan garam.
4. Setelah ikan masak masukkan daun kesum dan biarkan mendidih sebentar.
5. Tutu api dan sedia dihidangkan.

"Selamat Mencuba"




16 January 2013

Tauhu Sumbat Dengan Kuah Cili Berkacang

Assalamualaikum.

Tak jemu makan tauhu sumbat ni, tambah-tambah kalau malam Ifa rasa mcm tak nak makan nasik. Dah penah buat kat sini. Untuk Ifa dengan hubby, kami memang suka mkn tauhu sumbat ni. makan ni pun Ifa dah terasa kenyang... suka sgt dgn kuah tauhu sumbat ni....sedapppp...




15 January 2013

Kurma Ayam Dan Nasi Minyak

Assalamualaikum.

Ni menu semalam. Terlebih rajin pulak masak mcm ni...selalunyer simple mimple je.

Nasik ni Ifa pernah masak dah...selalu sgt la masak nasik ni sbb nasik ni lembut, lerui dan paling penting sedap la. Mcm biase la ye...malas sgt nak taip, kalau nak tgk resepi kat SINI ye. 

Kurma ayam tu sebenarnya resepi utk daging, tp Ifa buat ayam sbb tak de daging...hehehehe. Tp sedap la jugak walaupun tak sebest kurma daging. Kalau buat daging lg best la. Resepi kat SINI.

"Selamat Mencuba"






Donut

Assalamualaikum.

Petang ni makan kuih apa ye. Cuti-cuti ni kene la rajin ke dapur utk sediakan minum petang pulak. Ifa terfikir pulak nak buat donut, dah lama sgt tak buat donut ni. Resepi ni memang best sgt sbb donut ni lembut, gebus dan tak keras walaupun dah sejuk. Memang banyak dapat utk 1 resepi ni tp sekejap je habis sbb anak-anak Ifa suka kalau ada coklat2 tu. Ifa cuma suka makan donut sadur gula icing je. 

Jom tengok resepi tu.


DONUT
Sumber diperolehi: Hasue myr
Bahan-bahan:
500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin / Mentega
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung) 
Cara-caranya:
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng. 
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur) 
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^  

Yg ni saje nak cuba letak cream cheese dan cheddar.... En suami suker...


Bubur Ayam

Assalamualaikum.

Menu ni semalam punyer...Ifa rasa macam tak nak makan nasik...jadi Ifa bercadang nak makan bubur je. Memang simple sgt2 bubur ayam ni... tp tak pe pun sbb bubur ni sedap jugak. Tambah2 Ifa mkn dgn ikan masin goreng....mmmmm...tambah2 pulak makan.
Anak Ifa sikecik tu...Hakim pun bertambah-tambah makan bubur ni sbb dia la paling suka sgt kalau Ifa masak bubur ayam ni.
Jom tengok resepi tu.


BUBUR AYAM

Bahan-bahan:
1 cawan beras - masukkan air setengah periuk dan masak mcm biasa atas dapur.
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 inci halia - dihiris nipis
1/2 cawan isi ayam - dicincang
1/2 kiub ayam
1 batang daun sup - dipatah-patahkan saje
garam secukup rasa
bawang goreng & ayam goreng diracik halus - utk tabur atas bubur

Cara-caranya:
1. Masak bubur nasi hingga kembang, kemudian masukkan isi ayam. Didihkan lagi.
2. Masukkan bawang putih, halia, dan kiub ayam. Kacau rata.
3. Masukkan garam secukup rasa dan juga daun sup
4. Dah masak tutup api dan hidangkan dengan taburan bawang goreng serta ayam goreng yang telah diracik halus.

"SELAMAT MENCUBA"



14 January 2013

Sup Ayam

Assalamualaikum.

Macam biasa la ye...kalau dah sampai rumah lambat tu, teringat je nak buat menu yg simple2 je...cepat siap..hehehe. Ifa dah pernah masak sup ayam ni, boleh tengok kat sini 



SUP AYAM SIMPLE

Bahan-bahan:
5 ketul ayam
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
sedikit kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pala
2 biji cengkih
1 batang daun sup - hiris halus
3 cawan air
1 biji kentang - jika suka
garam secukup rasa
1/2 kiub ayam
1 hiris limau nipis

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan hiris bersama rempah kering.
2. Bila dah naik bau masukkan air dan juga ayam.
3. Didihkan hingga ayam masak, masukkan garam dan kiub ayam.
4. Kemudian masukkan kentang, bila dah empuk baru masukkan daun sup. Tutup api.
5. Perahkan limau nipis. Siap....

"Selamat Mencuba"


Tabur dengan bawang goreng, sedap...

Berasap2 lagi sup ayam ni....

Ayam Masak Merah

Assalamualaikum.

Nak masak ayam masak mmerah lagi...permintaan dr anak bujang Ifa. Sian pulak kalau tak buatkan sbb dah 2 hari dia mintak suruh masakkan. Resepi ni Ifa dah pernah buat di sini
Jom tengok resepi tu lagi ye....





AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:
** Untuk cili kisar
21 biji cili kering - dipotong, buang biji dan direndam
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
sedikit belacan
** blend semua bahan diatas.

Daging Ayam - gaul dengan garam dan serbuk kunyit, goreng jgn garing sgt
Cili kisar (yg diatas tadi)
1 sudu kecil asam jawa - Ifa guna ADABI
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar hingga pecah minyak atau masak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa.
3. Masukkan ayam goreng tadi, masak hingga kuah agak pekat sedikit.
4. Masukkan garam dan gula. Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"





Nasi Goreng Ikan Bilis

Assalamualaikum.

Buat lagi nasi goreng ni. Tapi kali ni Ifa tak letak cili kisar...tp letak cili padi. Nasi tu tak nampak merah sbb Ifa guna cili padi hijau. Letak skit je, kalau byk2 nnt sah2 anak Ifa sikecik tu tak makan.
Ifa dah pernah buat nasi goreng ni. Cari kat sini ye...

11 January 2013

Kek Lapis Asam Manis

Assalamualaikum.

Rasa tak sabar2 dah nak cuba buat kek lapis asam manis ni. Macam-macam jugak Ifa jumpa resepi ni...ada versi kukus dan bakar. tapi Ifa tertarik dgn resepi bakar ni sbb Ifa ni memang malas sgt kalau part kukus mengukus ni, rasa bakar lagi mudah.

Tengok pada kek lapis asam manis dayang jack tu mengancam sungguh sbb kalerpul, tapi malas dtg pulak dalam part kaler2 ni, jadi Ifa buat versi plain je a.k.a versi malas...hehehe... 

Jom tgk resepi yg sedap sgt2 ni....copy paste je...minta halal tuan punyer resepi ye...





KEK LAPIS ASAM MANIS
Sumber diperolehi: DayangJack@DapurKuSayang



Bahan-bahan:
loyang 8" x 8" atau 9" x 9" - Ifa guna 8" x 8"


10 biji telur A
200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
450 g mentega berkualiti
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
150 g gula kastor
300 g susu pekat manis
haw slice/ hawflake secukupnya
pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)

Cara-caranya:
Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)


Nota :***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.***sukatan gula mengikut citarasa

***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya

***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.



Adunan kek lapis siap utk dibakar.


Susun asam manis atas kek yg telah dibakar selapis tadi.


Tambahkan adunan kek lapis dan ratakan.


Bakar semula...buat proses ini hingga habis.



Pop Cake

Assalamualaikum.

Pop cake ni Ifa dah buat minggu lepas tp br nak post hari ni, simpan je sbb kemalasan tahap gaban la tu. Pop cake ni sesuai utk dijadikan goodies utk budak2 bila hari jadi kan. Dengan rasa yg sedap, menarik dan tertarik ni bukan saja budak2 suke...mak dan bapa2 budak pun mesti suke punye.

Yang ni guna kek coklat je, tp adunan tambahan tu kene pandai2 la sesuaikan dengan rasa kesedapan tekak masing2 ye.

Jom tengok resepi pop cake cara Ifa....



POP CAKE

Bahan-bahan:
1 biji kek coklat
200 gm cream cheese
1/2 cawan gula icing (diayak)




Cara-caranya:
1. Ramas kek coklat sehingga hancur, ketepikan.
2. Pukul cream cheese sehingga kembang dan masukkan gula icing. Pukul sebati.
3. Setelah itu gaulkan adunan cheese ke dalam kek coklat tadi.
4. Bulat-bulatkan adunan kek coklat tadi hingga habis.
5. Simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
6. Cairkan coklat milk compaund dan white compaund secara double boil.
7. Celupkan batang lolichoc ke dalam coklat dan terus cuck kek bulat2 tadi pada batang lolichoc.
7. Celupkan kek yg telah dibulat-bulatkan tadi ke dalam coklat cair.
8. Hias pop cake anda ikut pada kreativiti masing-masing.


"SELAMAT MENCUBA'



Gaulkan adunan cream cheese dalam kek coklat yg telah dihancurkan.

Rupa kek coklat selepas dicampur dgn adunan cheese.


Bulat-bulatkan kek coklat sama besar sebelum dicelup ke dalam coklat cair.

Ifa guna scope ais cream ni utk jadikan pop cake sama saiz.



Roti Sardin Bakar

Assalamualaikum.

Hari ni nak buat roti bakar sardin...boleh buat bekal sekali utk anak2 dan utk diri sdri...hehehe.....


ROTI SARDIN BAKAR

Bahan-bahan:
Roti
Mentega - utk sapu atas roti

Untuk Inti
1 tin sardin
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 sudu kecil asam jawa ADABI
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Tumis bahan hiris dan kisar hingga garing.
2. Masukkan sardin, hancur2kan isi sardin tu.
3. Masukkan air, garam dan asam jawa. Kacau sebati. Dah masak tutup api. Biar sebentar.

Dah siap inti roti sardin ni....

*Sediakan roti yg telah disapu dengan mentega. Kemudian letak sardin sikit dan tutup dengan sekeping lg roti. Sedia utk dibakar.

Ifa guna pembakar roti mcm ni. Pemberian dr ayah tersayang...macih ayah...


Siap bakar...

Jemput makan semua....

8 January 2013

Daging Gulai Kawah

Assalamualaikum.
Masak apa hari ni ye. Ifa dah lama tak beli gulai kawah kat bandar baru sg buloh. Nama gerai tu kalau tak silap Ifa Gulai Kawah kot. Daging gulai kawah tu memang sedap...biase Ifa beli gulai tu je..pastu balik masak nasik dan goreng ikan masin kembung...mmmm... memang sedap. 
Resepi ni Ifa terjumpa dalam buku masakan. Hubby Ifa kata sama mcm gulai kawah beli tu...hehehe...ye la kot. Tp yg penting memang sedap. Jom tengok resepi kat bawah.


DAGING GULAI KAWAH
Sumber diperolehi: Buku Masakan

Bahan-bahan:
1/2 kg daging - potong dadu
10 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris
1 keping gula melaka
1 sudu jus asam jawa
500 ml santan pekat
4 sudu besar rempah kari daging
5 sudu besar minyak masak
Rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pala
Garam & gula secukup rasa




Cara-caranya:
1. Tumis rempah 4 sekawan sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga garing.
4. Kemudian masukkan daging dan kacau sehingga air daging hampir kering.
5. Masukkan santan, jus asam jawa dan gula melaka. Kacau sebati dan biarkan mendidih sehingga daging empuk.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biar seketika dan angkat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...