11 January 2013

Kek Lapis Asam Manis

Assalamualaikum.

Rasa tak sabar2 dah nak cuba buat kek lapis asam manis ni. Macam-macam jugak Ifa jumpa resepi ni...ada versi kukus dan bakar. tapi Ifa tertarik dgn resepi bakar ni sbb Ifa ni memang malas sgt kalau part kukus mengukus ni, rasa bakar lagi mudah.

Tengok pada kek lapis asam manis dayang jack tu mengancam sungguh sbb kalerpul, tapi malas dtg pulak dalam part kaler2 ni, jadi Ifa buat versi plain je a.k.a versi malas...hehehe... 

Jom tgk resepi yg sedap sgt2 ni....copy paste je...minta halal tuan punyer resepi ye...





KEK LAPIS ASAM MANIS
Sumber diperolehi: DayangJack@DapurKuSayang



Bahan-bahan:
loyang 8" x 8" atau 9" x 9" - Ifa guna 8" x 8"


10 biji telur A
200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
450 g mentega berkualiti
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
150 g gula kastor
300 g susu pekat manis
haw slice/ hawflake secukupnya
pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)

Cara-caranya:
Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)


Nota :***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.***sukatan gula mengikut citarasa

***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya

***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.



Adunan kek lapis siap utk dibakar.


Susun asam manis atas kek yg telah dibakar selapis tadi.


Tambahkan adunan kek lapis dan ratakan.


Bakar semula...buat proses ini hingga habis.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...