12 February 2015

Biskut Senyum @ Biskut Kelapa Warisan

Assalamualaikum.




BISKUT SENYUM @ BISKUT KELAPA WARISAN
Sumber: Mat Gebu@Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung jagung Brown & Polson (atau tepung jagung biasa)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
1 cawan kelapa kering, digoreng tanpa minyak hingga perang dan kisar halus
1 kuning telur gred A
80 gram gula aising
1 camca teh esen vanilla
Mentega secukupnya (kurang lebih 250 gram)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Kelapa kering secukupnya untuk menyalut biskut

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Putar kuning telur. esen vanilla dan gula aising hingga berkrim. Sementara itu gaul rata tepung yang telah diayak dengan kelapa kering yang dikisar halus tadi. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + kelapa kering kisar sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata (adunan seakan2 serbuk roti).
  2. Masukkan mentega sedikit demi sedikit (1 camca besar sekali masuk) sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Matikan mesin, bulat2kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  3. Sediakan dulang pembakar. Cedok 1 camca teh adunan doh, bulat2kan dan hias dengan ceri yang telah dipotong kecil. Kemudian golek2kan dengan kelapa kering. Susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit atau hingga masak (che mat suka biskut yang garing dan sedikit perang), pusing2kan dulang pembakar selepas 10 minit biskut di dalam oven. Sejukkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...