19 August 2014

Biskut Untaian

Assalamualaikum.


BISKUT UNTAIAN
Sumber: Dari Dapur Haida Rifqi






1 ketul butter 250g1 cawan gula halus1 biji kuning telur1 1/2 cawan tepung jagung(utk rangup kalu untuk gebu 2 cwn tepung jagung)3 cwn tepung gandum....cara adun sama jer mcm samperit.....tapi rasa yang berbeza....selamat mencuba!!!



11 August 2014

Talam Suji

Assalamualaikum.




KUIH TALAM SUJI
Sumber: Sinar Kehidupanku

BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH

Bahan (A)

180gm tepung suji @ semolina
450gm air

Bahan (B)

220gm gula castor
2 biji telur
200ml santan (saya guna santan kotak M & S)
250ml air
pewarna kuning

Cara-caranya:-

1. Rendam bahan-bahan A selama 30 minit. rendam dalam periuk.
2. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.
3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)
4. Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam. Kukus selama 25 minit.

BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

Bahan (A)

300gm gula merah
50gm gula castor
500ml air

Bahan (B)

150gm tepung gandum
3 biji telur
250ml santan (saya guna santan kotal M & S)
1/2 tsp garam

Cara-caranya:-

1. Rendam bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.
2. Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata
3. Masukkan bahan B kedalam bahan A dan tapis.
4. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. jangan pekat dan jangan cair sangat. Tutup api dan guna pemukul telur untuk ratakan adunan.
5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.




5 August 2014

Udang Sambal Tumis

Assalamualaikum.




UDANG SAMBAL TUMIS
Sumber: Masakan Dari Ibu

Bahan-bahan:
** Untuk cili kisar
21 biji cili kering - dipotong, buang biji dan direndam
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
sedikit belacan
** blend semua bahan diatas.

1 kilo udang - dibersihkan dan dilumur dengan serbuk kunyit
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 sudu besar asam jawa - Ifa guna Adabi
1 cawan air
Garam secukup rasa
3 sudu besar gula
5 sudu besar minyak

Cara-caranya:
1. Masukkan udang yang telah dilumur dengan serbuk kunyit ke dalam kuali. Masak sehingga air udang telah kering. Angkat.
2. Tumis cili kisar tadi sehingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air dan asam jawa, didihkan sebentar.
4. Masukkan udang, garam dan gula. 
5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat. Didihkan sehingga kepekatan kuah yang dikehendaki.
6. Sedia untuk dihidangkan.



4 August 2014

Kek Minyak

Assalamualaikum.




KEK MINYAK
Sumber: Azie Kitchen


Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru


Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.


Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.


Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...