22 November 2013

Risoles@Dadar Gulung Berlauk Rangup

Assalamualaikum.



RISOLES
Sumber: Dapur Mamasya


Inti Kentang 
Bahan-bahan inti : 
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit potong kotak 
1 biji bawang besar, dicincang 
2 biji bawang putih, dicincang 
1 sb serbuk kari - jadikan pes dg campurkan dg air
 5 tbs daging cincang - guna 3 kpg daging burger 
karot - 1/2 cawan karot potong kotak (nak mudah guna yg mix vegie punya) 
Garam secukup rasa 
Sedikit minyak masak utk menumis 

Cara-cara: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan pes kari. Kacau seketika. 
2. Masukkan daging dan karot. Masak sehingga air daging kering . Perasakan dengan sedikit garam. 
3. Masukkan kentang. Gaul rata semua dan sehingga daging masak. tutup api. 

Kulit Risoles 
Sumber; Chik Mimi@qasehmu-abadi.blogspot 

Untuk Kulit /Dadar Risoles- dapat 25 kpg 
2 cwn Tepung gandung 
3cwn ~airboleh gantikan dengan santan @ susu cair 
secubit garam 
sebiji telur 
minyak utk mengoreng 
Untuk salutan 1 biji telur breadcrumb secukupnya 

caranya masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.adunan jangan terlalu cair @ pekat.panaskan nonstik pan masukkan 1 senduk adunan buat dadar sehingga nipis,ulang sehingga habis ketepikan. Ambil sehelai kulit @ dadarnya,masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb .Panaskan minyak goreng keemasan.






21 November 2013

Donut

Assalamualaikum.



DONUT
Sumber diperolehi: Hasue myr

Bahan-bahan:
500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin / Mentega
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung) 

Cara-caranya:
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng. 
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur) 
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^  



7 November 2013

Murtabak Mini/Segera

Assalamualaikum.





MURTABAK MINI/SEGERA
Sumber: minami133@Myresepi

Bahan-bahan:
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
2 sudu kecil garam
kulit popia
2 biji telur
1 biji bawang cincang

Cara-cara:


mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.


apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.


apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.





pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. masukkan bawang cincang. kacau sehingga sebati.



ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.




goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.




2 November 2013

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Assalamualaikum.

Kek kukus yang palinggg sedap Ifa makan. Tengok gambar kat blog mat gebu pun dah terliur dan tak sabar2 nak mencuba. Hasilnyer memang berbaloi la...sekejap je dah licin.



KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)


BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum


CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak ja
gung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....





1 November 2013

Roti Sardin Gulung

Assalamualaikum.

Ifa pernah buat di sini.



ROTI SARDIN GULUNG 

Bahan-bahan:
Roti Potong
Telur 2 biji
Mentega
Sardin yang telah dimasak
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara: 
1. Sapukan roti dengan mentega, letakkan inti sardin dan gulung.
2. Kemudian celupkan ke dalam telur yang telah dipukul dengan sedikit garam.
3. Goreng sehingga kekuningan dengan minyak penuh.
4. Sedia dihidangkan.


"Selamat Mencuba"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...