28 December 2012

Best Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum.

Kek ni Ifa dah lama buat tapi baru nak pos hari ni. Kek ni memang sedap dan terasa kemewahan coklat dan kelembapan kek tu. Sesapa yang menag suka sgt dengan kek coklat ni, haaa ni memang sesuai utk anda...hehehe.

Resepi ni Ifa jumpa di blog Cute Oven, Small Kitchen. Minta halal pada tuanpunyer resepi ni ye, Ifa copy paste je ye.


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber diperolehi: Cute Oven, Small Kitchen

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam 
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)

Cara Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C).
Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang.
Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.



RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

Bahan-bahan :
Susu segar - lebih kurang 1 cawan
1 Tbsp cuka masak atau jus lemon

Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
Boleh digunakan.


26 December 2012

Sandy Keju

Assalamualaikum.

Jom cuba buat biskut keju ni. Sedap jugak ye biskut yg ada keju ceddar ni...rasa lemak2 gitu. Yg teruja nak cuba tu sbb ada pulak letak bawang goreng. Nama biskut ni lain dari yg lain...sbb apa nama sandy tu ye...kalau tanya kat anak Ifa mesti dia teringat kartun spongebob tu... situpai Sandy...hehehe.
Jom tengok resepi kat bawah ni.


SANDY KEJU
Sumber diperolehi: sedaap

Bahan-bahan:

A.
120 gm butter
80 gm gula kastor
¼ sudu teh garam
40 gm cheddar cheese - diparut halus
1 Sudu besar bawang goreng - ramas

B.
100 gm tepong gandum
60 gm tepong naik sendiri
¼ Sudu teh soda bicarbonate
40 gm tepong gandum
40 gm cheese cracker kisar (brand pringles)

Hiasan : merah telur / badam cincang/ cheddar cheese

Cara-cara:
1. Sebatikan butter, gula kastor & garam .
2. Masukkan semua jenis tepung dan cheese cracker .
3. Masukkan keju parut dan bawang goreng, kacau sebentar .
4. Canai dan terap dengan acuan .

Nota:
Optional: boleh letak ¼ paprika..jika suka
Hiasan: baya letak cheese diatas cookies :).




Nasi Goreng Ikan Bilis

Assalamualaikum.

Hari ni sarapan nasi goreng simple sangat. Kalau Ifa buat nasi goreng memang kosong je tak de sayur mayur bagai.....sbb anak-anak Ifa akan buat perhiasan...sayur2 tu letak kat keliling pinggan...hmmmm...mcm2 perangai anak-anak Ifa ni.

Jom tengok resepi tu.

NASI GORENG IKAN BILIS

Bahan-bahan:
3 mangkuk nasi
2 biji bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1 sudu besar cili kisar / cili padi tumbuk
2 biji telur
segenggam kan bilis
garam
perasa - semestinya Ifa letak tumix
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Gaul dan sebatikan nasi dengan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat.
3. Kemudian tumis pula bahan-bahan hiris dan setelah itu masukkan cili kisar.
4. Pecahkan telur dan hancur2kan telur tadi.
5. Masukkan nasi dan juga perasa. Kacau sebati.
6. Sedia utk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"

25 December 2012

Mee Kering Goreng

Assalamualaikum.

Hari ni cuti pergi kemana ye. Ifa tak kemana2 pun sbb encik suami kejer pulak....huhuhuhu. Hari ni nak buat sarapan mee kering goreng la. Dah lama rasanya tak buat. Mee ni anak dara Ifa, kakak paling suka makan...tp dia tak de balik kg pulak. Tak pe la...lepas ni boleh buat lg utk dia.
Mee kering goreng ni simple sgt...

Jom tengok resepi tu.




MEE KERING GORENG
Sumber: Masakan Dari Ibu

Bahan-bahan:
5~6 keping mee kering - direndam tp jgn lembut sgt. dan toskan
3 ulas bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
sejemput ikan bilis/udang kering - kisar halus
3 sudu besar cili kisar
3 biji telur
3 keping fish cake - hiris nipis dan digoreng dulu
3 sudu makan kicap masin
Sayur sawi
Minyak untuk tumis


Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi iaitu bawang merah dan bawang putih. 
2. Kemudian masukkan cili kisar, dan seterusnya ikan bilis kisar.
3. Kemudian masukkan 3 biji telur dan gaul sebati.
4. Masukkan pula mee kering yg telah direndam tadi, masukkan juga kicap dan perasa. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan fish cake goreng. Kacau sebati.
6. Taburkan bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.


"Selamat Mencuba"




24 December 2012

Ayam Masak Merah

Assalamualaikum.

Semalam Ifa masak ayam masak merah je. Masakan ni simple sangat dan resepi ni Ifa belajar dari mak Ifa. Jom tengok resepi tu.




AYAM MASAK MERAH
Sumber: Masakan Dari Ibu

Bahan-bahan:
** Untuk cili kisar
21 biji cili kering - dipotong, buang biji dan direndam
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
sedikit belacan
** blend semua bahan diatas.

Daging Ayam - gaul dengan garam dan serbuk kunyit, goreng jgn garing sgt
Cili kisar (yg diatas tadi)
1 sudu kecil asam jawa - Ifa guna ADABI
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar hingga pecah minyak atau masak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa.
3. Masukkan ayam goreng tadi, masak hingga kuah agak pekat sedikit.
4. Masukkan garam dan gula. Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"




Puding Permata

Assalamualaikum.

Semalam terlebih rajin pulak...buat puding lagi. Ifa dah banyak kali buat puding ni sebab anak-anak suka makan berulang-ulang bukak peti ais. Makan sejuk2 memang sedap.
Tambah2 stok barang semua ada kat dapur, jadi mulalah jalankan projek buat puding ni. Puding permata ni Ifa jumpa di rossitamz myr. Terima kasih yang empunya resepi tu ye. 

Jom kita tgk resepi tu.




PUDING PERMATA
Sumber diperolehi: rossitamz myr

Bahan-bahan: (Loyang 7in x 7in)
** Bahan untuk agar-agar
300ml air
200 ml susu cair (saya guna susu segar)
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar

** Bahan untuk kastard
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastard - dibancuh dengan 3 sudu besar air


Cara-cara:
1. ** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
3. ** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
4. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pula agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.







Nasi Karot & Ayam Panggang Rosemary

 Assalamualaikum.

Ifa nak tayang skit gambar nasi karot dan ayam panggang rosemary yang Ifa dah buat lama dah...masa hari raya baru-baru ni...baru nak post sekarang...hehehehe. Tapi seyes cakap memang mabeles resepi ni. Semua yang makan puji masakan ni...bertambah-tambah lagi dan lagi. Kalau tak percaya jom cuba resepi ni. Ifa jumpa resepi ni di blog Kak Nor secubit garam. Ayam panggang ni jugak ada di blog Potret Kasih & Ibundo.

Nasi karot pulak kat blog Potret Kasih & Chef Hanieliza. Terima kasih semua di atas resepi yang marbeles ni. Minta halal ye, copy paste je resepi ni di blog Kak Nor dari Secubit Garam...



NASI KAROT (NASI LOBAK MERAH)
Sumber: Potret Kasih & Secubit Garam K.Nor

Bahan-bahan:
6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
2 cawan carrot ( potong dadu kecil) ~ k.nor parut
1/2 cawan susu cair ~ lupa nk letak :)
8 cawan air – saya letak air rebusan isi dan tulang2 ayam
1 kiub ayam knorr – saya guna 1 sudu besar stock ayam maggie dalam botol
1 sudu kecil gula
garam




Bahan Tumis:
2 sudu besar rempah kurma – saya guna rempah beriani (k.nor guna rempah gulai)
5 ulas bawang merah – mayang @ tumbuk kasar (hiris)
3 ulas bawang putih – mayang halus atau tumbuk kasar (hiris)
2 cm halia -mayang
3 sudu besar minyak sapi - akak guna butter (sama)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar…..mayang
daun pandan……..simpulkan

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur. Saya hidang dengan ayam bakar yogurt dan acar karot.

 

AYAM PANGGANG ROSEMARY
Sumber: Wana & Ibundo 

Sumber diperolehi:  Secubit Garam-Kak Nor

Bahan:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik
6 biji baby carot
sedikit mentega
1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambah




Cara penyediaan:
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.


Bersauna dlm oven

**Makan dengan acar nenas lagi bestttt sgtttt....


ACAR NENAS
Sumber: Buku Masak

Bahan-bahan:
1 biji nenas - hiris/potong kecil2
1 biji cili merah - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar sos cili
gula dan garam secukup rasa

21 December 2012

Cucur Udang

Assalamualaikum.

Pagi ni sarapan cucur udang pulak. Dah lama tak buat ni, biasa Ifa buat waktu petang2. Macam biasalah ye...resepi ni drp mak Ifa sendiri. Sebenarnya mak Ifa belajar jugak dari Allahyarhamah opah Ifa jugak dulu. Sekarang ni Ifa pulak belajar dari mak. Tp cucur udang ni dah ramai org buat...kira stail je lain...rasa tetap sama kan.
Jom tengok resepi tu.



CUCUR UDANG

Bahan-bahan:
10 ekor udang segar - buang kulit dan potong 2
3 cawan tepung gandum
2 ulas bawang merah - dihiris
1 sudu besar cili kisar
1 biji telur - Ifa tambah
3 tangkai daun kucai - dipotong 1 inci panjang - Ifa ganti daun bawang
1 sudu kecil soda bikarbonat
air biasa
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas kecuali air.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sampai boleh jemput tepung tu...mcm buat cekodok biasa jugak la. (tp Ifa cairkan sikit je)
3. Jemput adunan tadi ke dalam kuali dengan minyak yg telah dipanaskan terlebih dahulu.
4. Goreng hingga kekuningan dan sedia dihidangkan bersama sos.



SOS CUCUR UDANG
Bahan-bahan:
3 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu kecil asam jawa ADABI
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 ~ 5 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan air
garam secukup rasa

**Campurkan kesemua bahan di dalam periuk dan didihkan hingga pekat. Kemudian tapis sos dan sedia utk dimakan bersama cucur udang.

20 December 2012

Biskut German

Assalamualaikum.

Ni sambungan buat biskut hari tu. Masak anak-anak Ifa buat biskut coklat tu, dia nak buat biskut german ni jugak. lagipun buat biskut ni mudah sebab tak banyak guna bahan. Tak payah nak terap2 pun, cuma bulat2kan lepas tu tekan dengan garfu je. Lgpun biskut ni sedap, cair dimulut...kakak dan adik memang suka sgt biskut ni.

Sebelum ni Ifa ada buat jugak tapi Ifa tak tambah serbuk koko. Kali ni buat, anak Ifa nak letak serbuk koko pulak sebab diaorg memang suka makan biskut yang ada koko. Resepi ni Ifa jumpa di blog CMG yang sgt2 popular tu. Ifa ada tambah2 memandai sendiri utk biskut german coklat. Mintak halal pada yg empunye resepi ni ye. Ifa copy paste je ye resepi tu kat blog CMG.





BISKUT GERMAN
Sumber: Rima
Sumber diperolehi: Mat Gebu

Bahan-bahan:
125 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn juga)
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)
40 gram gula aising, diayak - (Ifa tambah 50 gm-sbb koko pahit skit
)
Secubit garam (resipi asal tak letak)
1 1/2 sudu besar serbuk koko - (ni Ifa tambah)
1 sudu teh esen vanila - (ni Ifa tambah)

Cara-cara:
1. Satukan tepung kentang, tepung gandum dan serbuk koko, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam dan esen vanila. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....




Biskut Coklat

Assalamualaikum,

Cuti sekolah ni anak2 Ifa rajin nak tolong ke dapur. Jadi, hari ni Ifa suruh anak dara 2 org tu buat biskut ala2 chocolate chip cookies. Biskut Coklat ni Ifa jumpa di blog smelz from kitchenz. Walaupun simple tapi sedap dan rangup. Mudah sangat nak buatnya. Ifa cuma perhatikan je... dari menimbang, mengadun dan membakar semua anak Ifa yg buat.
Terima kasih pada yang empunya resepi ni ye.

BISKUT COKLAT
Sumber diperolehi: Smelz From Kitchenz

Bahan-bahan:
150gm butter
100gm gula aising
30gm serbuk koko
1 biji kuning telur
1 camt esen vanilla
50 gm tepung jagung
100gm tepung gandum
50gm chocolate chip
manik2 love




Cara-cara:
- pukul butter ngan gula aising. masukkan telur & esen vanilla.
- masukkan serbuk koko. gaul rata.
- masukkan tepung. kacau hingga adunan sebati.
- sudukan adunan ke atas dulang pembakar. adunan memang lembik.
- bakar hingga masak.






13 December 2012

Tom Yam Ayam

Assalamualaikum.

Menu hari ni simple mimple je...tom yam campur simple sgt. Walaupun simple tp sedap jugak, tambah2 kalau makan dengan nasik panas2, ikan kembung masin dan telur dadar...mmmm....selera jugak la. Ni menu kalau kemalasan tahap gaban sgt...hehehe.
Jom tengok resepi ni.


TOM YAM AYAM

Bahan-bahan:
Daging Ayam - dibersihkan & dipotong kecil2
Sedikit bunga kobis
1 batang lobak merah
1 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji bawang putih - dihiris atau pecah2kan je 
3~4 helai daun limau purut
sedikit perahan air limau nipis
2 kiub Tom Yam Knorr
5 cawan air
garam secukup rasa
1 sudu makan minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai.
2. Setelah naik bau masukkan air, ayam, kiub tom yam dan daun limau purut.
3. Setelah mendidih masukkan lobak merah, bila dah agak lembut baru masukkan bunga kobis dan juga garam. Biarkan mendidih lagi.
4. Tutup api baru masukkan air limau nipis tadi. Sedia dihidangkan.

"Selamat Mencuba"

Telur Rebus Sambal Tumis

Assalamualaikum.

Yang ni lauk semalam sebenarnya, tak sempat nak update kat sini. Walaupun lauk ni simple sgt tapi bila dah mkn dengan nasik panas2...memang selera jugak la. Anak2 Ifa tak banyak ragam, lauk yg simple ni la yg membuatkan diorg bertambah2 nasik.

Resepi ni Ifa belajar dari mak Ifa. Kira memang selalu jugak la mak masakkan utk kami adik beradik, sbb memang suka sgt lauk yg bercili dan merah2 ni. 

Jom tengok resepi dibawah ni.


TELUR REBUS MASAK MERAH

Bahan-bahan:
** Untuk cili kisar
21 biji cili kering - dipotong, buang biji dan direndam
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
sedikit belacan
** blend semua bahan diatas.

5~6 biji telur rebus
Cili kisar (yg diatas tadi)
1 biji bawang besar
1 sudu kecil asam jawa - Ifa guna ADABI
1/2 cawan air
sedikit garam
3 sudu makan gula pasir
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar hingga pecah minyak atau masak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula.
3. Masukkan telur rebus tadi, masak hingga kuah agak pekat sedikit.
4. Masukkan bawang besar, kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"

Tips:
Kalau nak telur licin mcm ni tak melekat di kulit dan senang kupas, masa merebus telur tu letak 2 sudu kecil garam.



11 December 2012

Blueberry Creamcheese Buttercake

Assalamualaikum,

Resepi yang best sangat dan tak berhenti mengunyahnya. Memang sedap dan tak muak, tambah2 anak-anak Ifa memang suka makan kek yang ada cheese ni. Resepi yg sedap ni Ifa jumpa di blog Inahar's Cooking Time. Terima kasih pada yang empunye resepi ni ye.



BLUEBERRY CREAMCHEESE BUTTERCAKE
Sumber: Sinar Kehidupan Yatie & Yummylicious Jun & cookrepublik.com
Sumber diperolehi: Inahar's Cooking Time

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
250gm butter
250gm cream cheese
1/3 cawan susu segar
3 biji telur

Cara-Cara:
1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang. (kita guna loyang bulat 9")
2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. 4. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
5. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
6. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
7. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
8. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

17 October 2012

Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum,

Kali ni Ifa nak tunjuk brownies yang Ifa buat. Rasanya dah banyak kali buat ni sebab brownies ni memang sedap sangat. Tak jemu makan...tp jgn over pulak mkn ...takut naik pulak kg nnt...hehehehe. Ifa jumpa brownies mabeles ni di rinnchan fotopages. Kat situ siap tunjuk step by step lagi...senang sgt nak buat kalau ada mcm tu kan. 
Ifa copy paste je resepi tu...minta halal pada yang empunye resepi tu ye. Jom tengok resepi tu....






MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber diperolehi: Rinnchan Fotopages

Bahan-bahan:
250g butter
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proff paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.
Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak.
Biarkan sejuk sebelum dipotong.
 

11 October 2012

Tauhu Sumbat Dengan Kuah Cili Berkacang

Assalamualaikum,

Hari ni Ifa nak makan tauhu sumbat pulak. Sebelum ni dah banyak kali jugak buat tapi Ifa makan dengan sos cili berkuah je. Tapi bila terjumpa tauhu sumbat berkuah kacang ni rasa macam tak sabar nak cuba. Tengok kuah kacang tu macam sedap je. tapi bila dah siap...makan...memang betul la...sedap makan dgn kuah kacang tu. 

Ifa jumpa resepi ni di blog Potret Kasih. Minta halal resepi ni ye...






TAUHU SUMBAT
Sumber diperolehi: Potret Kasih
Bahan-bahan:
6-8 biji tauhu segar
1 batang timun ( potong memanjang)
1 batang karot ( potong nipis memanjang ) – saya tak letak, tak ada (Ifa tak letak)
100 g taugeh ( anggaran je) – di celur sebentar (Ifa tak letak)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Goreng Tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar.
2. Tauhu di potong 2, belah tengahnya kemudian sumbat dengan sayur-sayuran tadi.
3. Hidangkan dengan sos cili berkacang.


SOS CILI BERKACANG
Bahan-bahan:
2 sudu besar cili kering kisar

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar gula pasir@ 3 sudu besar gula merah

1 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
2 sudu besar kacang tumbuk’
2-3  sudu makan cuka

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dalam periuk dan masak hingga pekat sedikit,

2. Sesuaikan rasa manis, masin dan masamnya. Boleh tambah jika kurang.

3. Semasa menghidang taburkan dengan kacang tumbuk.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...