Assalamualaikum.
Kek ni Ifa dah lama buat tapi baru nak pos hari ni. Kek ni memang sedap dan terasa kemewahan coklat dan kelembapan kek tu. Sesapa yang menag suka sgt dengan kek coklat ni, haaa ni memang sesuai utk anda...hehehe.
Resepi ni Ifa jumpa di blog Cute Oven, Small Kitchen. Minta halal pada tuanpunyer resepi ni ye, Ifa copy paste je ye.
Kek ni Ifa dah lama buat tapi baru nak pos hari ni. Kek ni memang sedap dan terasa kemewahan coklat dan kelembapan kek tu. Sesapa yang menag suka sgt dengan kek coklat ni, haaa ni memang sesuai utk anda...hehehe.
Resepi ni Ifa jumpa di blog Cute Oven, Small Kitchen. Minta halal pada tuanpunyer resepi ni ye, Ifa copy paste je ye.
BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber diperolehi: Cute Oven, Small Kitchen
Resepi Asal: http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
(Naz guna yang biasa jer)
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk (resepi
buttermilk di bawah)
1 cawan Mazola vege oil (Naz
guna minyak jagung)
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi
sekiranya suka)
Cara Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk
membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170
C).
Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam
mixing bowl.
Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.
Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang.
Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab
mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal
dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi
yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan
kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan
tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK
Bahan-bahan :
Susu segar - lebih kurang 1 cawan
1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada
ukuran 1 cawan.
Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
Boleh digunakan.
No comments:
Post a Comment