25 March 2015

Churros

Assalamualaikum.

Saja je nak cuba resepi ni sebab senang dan nampak sedap. Nak tau sedap ke tidak, Ifa bagi kat anak yang bongsu, Hakim rasa dulu sebab dia cerewet sangat pasal makan. Kalau tak suka tu ada je alasan dia... manis la, masin la... padahal baru darjah 2 tu. Hasilnyer dia memang suka siap cakap sedap sangat la ibu... siap mintak tambah lagi. Tambah makan cicah dengan coklat...memang sedap la. Terima kasih pada yang empunyer resepi ni ye.





CHURROS
Sumber: Blog Sihati Merah Jambu Zalin Zalina dan Mamasya.

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
1biji telur
Nozzle muncung bintang
Piping bag
Minyak masak untuk menggoreng




Cara-Cara:
1. Didihkan air, masukkan butter, gula dan garam. Kacau sebati dengan api yang sederhana.
2. Perlahankan api, masukkan tepung sikit² atau dengan cara mengayak supaya tepung tak berketul². Kacau sehingga rata dan tutup api.( Agak berketul sikit tapi jangan risau dah uli nanti okaylah)
3. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati gunakan tangan bila adunan dah sejuk sedikit.
4. Masukkan adunan dalam piping bag.
5. Buat bentuk stick atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je sebab tak nak bagi melekat). Untuk first time buat ni bentuk masih tak proper lagi ni.Takpe, belajar kan.




Pizza Segera

Assalamualaikum.

Hari ni Ifa buat pizza segera, pizza yang tak payah nak uli tepung bagai...guna roti gardenia je dah siap pizza ni. Anak-anak suker, habis 1 bungkus roti buat pizza ni...lepas ni boleh buat lagi.




PIZZA SEGERA

Bahan-bahan:
1 bungkus roti gardenia
1 bungkus sosej ayam - direbus dahulu
mayonis
sos cili
mozarella parut

Cara-cara:
1. Ambil sekeping roti dan sapukan sos cili.
2. Kemudian letak sebatang sosej yang telah dibelah 2.
3. Picitkan mayonis dan sos cili serta taburkan mozarella diatasnya.
4. Bakar selama 15 - 20 minit suhu 180 darjah celcius.

p/s: Kalau nak bagi garing kat bahagian atas tu, gunakan api atas sahaja untuk 5 minit terakhir.



Sebelum dibakar...

9 March 2015

Chewy Gooey Brownies

Assalamualaikum.

Sempat jugak Ifa buatkan untuk sibujang bawak balik asrama, makan dgn kawan-kawannyer. Brownies paling mudah dan sedap.





CHEWY GOOEY BROWNIES

Bahan-Bahan:
300gm mentega
80gm serbuk koko
300gm chocolate masakan - potong kecil
6 biji telur - kocok ringan
350gm gula perang - Ifa letak 330 gm shj
2 sudu kecil esen vanila
100gm tepung gandum
1 cawan kekacang (ikut suka, almond, macadamia, hazelnut, walnut) - dipanggang dan gaul dengan sedikit tepung - Ifa letak almond nib
Loyang 10 x 10" di alas dan di gris


Cara-cara :
1. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Ketepikan.
2. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan serbuk koko, gaul rata. Angkat dan masukkan gula perang, gaul rata.
3. Masukkan telur, tepung yang di ayak dan chocolate cair, kaup balikkan hingga
bergaul rata. Masukkan kekacang. Gaul rata.
4. Tuang ke dalam loyang, ratakan.
5. Bakar pada suhu 150C selama 1 jam (bergantung pada oven)

6. Sejukkan dahulu sebelum di potong.





Ais Krim Homemade

Assalamualaikum.



AIS KRIM HOMEMADE
Sumber: Tak Ingat Ambil Dari Mana

Bahan-bahan:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 tin air masak
2 sudu besar ovalette
perisa kegemaran

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali perisa ke dalam mixer dan pukul dengan kelajuan paling maksima sehingga 2 kali ganda atau pekat dan gebu.
2. Masukkan perisa dan pukul lagi.
3. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan semalaman.





Nasi Mentega Kismis

Assalamualaikum.

Hari ni Ifa masak nasi mentega kismis lagi. Ni makananan kegemaran sibujang. Kebetulan dia blk sekejap cuti hujung minggu, jadi Ifa masakkan utk dia la. Dah banyak kali Ifa masak nasi ni. Sedap dimakan bersama ayam tomato, Ifa masak dengan sup ayam sekali.




NASI MENTEGA KISMIS
Sumber: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng




CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..

Resepi Ayam Tomato di sini...





7 March 2015

Bihun Goreng

Assalamualaikum.




BIHUN GORENG

Bahan-bahan:
Bihun - direndam
5 biji bawang merah - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sudu besar cili kisar 
3 sudu besar udang kering - dikisar halus - Ifa guna ikan bilis
5 biji telur
3 @ 5 sudu besar kicap masin - ikut masing2
3 sudu besar sos cili - jika suka
Fish Cake - dipotong nipis dan digoreng
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar dan bahan-bahan tumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan udang kering @ ikan bilis kisar. Gaul sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam kuali dan hancurkan telur sebati dengan bahan-bahan tumis tadi.
3. Setelah itu masukkan bihun yang direndam tadi dan air. Gaul rata.
4. Masukkan kicap, sos cili, garam dan perasa. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan sawi dan fish cake yang telah digoreng tadi. Kacau hingga bihun masak.
6. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"







6 March 2015

Laksa Ikan Sardin

Assalamualaikum.

Hari ini Ifa terasa mcm nk makan laksa je...tp bila teringat nak kerjakan ikan tu dengan nak rebus lagi,nak buang tulang lg..tetibe rasa mcm malas pulak...kemalasan masak dah datang la tu...huhuhu...

Bila je google sana sini carik resepi laksa paling mudah, Ifa terjumpa satu resepi laksa yang palinggg mudah dan cepat di blog Dari Dapur Madihaa. Resepi laksa ni hanya menggunakan sardin dlm tin tu je...mcm tak percaya pulak sardin tin boleh buat kuah laksa. Tp melihatkan gambar laksa tu rasa tak sabar nak mencuba. 

Hasilnyer memang sedap dan paling seronok cepat je siap...hehehe... Terima  kasih pada yang empunyer resepi ye. Ifa paste copy je dr blog tu...




LAKSA ASAM IKAN SARDIN TIN 20 MINIT
Resepi by: Nor Sue Ella
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

**ada bahan2 mmg cepat siap

Bahan2
1 peket laksa kering d rendam 1jam dn rebus hingga empok dan toskan (MaDiHaA buat laksa sendiri.. resepi kat SINI )
secekak daun kesum

2 kuntum bunga kantan
8 keping asam gelugur
garam & gula secukup rasa
air secukupnya
Sambil rebus laksa boleh lah buat kuahnya


Bahan kuah


1 tin besar sardin (ambil sosnya sekali)
1 labu bawang besar
1/2 inci belacan
5 tangkai cili kering (MaDiHaA lebihkan sikit)
4 cwn air + 6 cawan lagi


Bahan sampingan
timun
bawang besar
telur rebus
hirisan cili padi
limau nipis/limau kasturi


* Ifa tambah nenas yg dipotong kecil2 utk dimasukkan di dalam kuah laksa.


Cara menyediakan
1. Semua bahan kuah dikisar halus. Masukan dlm periuk, lebihan sisa dlm belander di tambah dgn 6 cwn air dan curah dlm periuk.
2. Masukan daun kesum, bunga kantan, 8 keping asam gelugur, garam dn gula secukup rasa. & nenas
3. Bila dah gelegak rasa pun dah cukup sdp boleh lah tutup api. Ikut kepekatan kuah yang anda suka & bolehlah hidangkan laksa dengan bahan2 sampingan yang lain.


5 March 2015

Nasi Minyak Simple

Assalamualaikum.

Semalam Ifa masak nasi minyak dgn ayam goreng rempah. Pastu masak sekali kurma ayam sebab kalau masak ayam berempah je kuah tak de pun x sedap, nnt tersedak pulak hubby Ifa mkn nasi kering je. Lagipun nasi minyak ni sedap dimakan dengan kuah kurma. Ifa dah pernah buat nasi ni di sini. Jom tengok resepi.





NASI MINYAK SIMPLE
Sumber: Masakan Dari Ibu 


Bahan-bahannya:
3 cawan beras - guna beras biasa je, kalau nak guna brasmathi pun bole - Ifa guna berasmathi
3 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair/susu tepung pun boleh - Ifa guna susu cair
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 kuntum bunga lawang
3 biji cengkih
1 batang kayu manis (kecik je)
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
garam secukup rasa
1/2 kiub ayam (ni Ifa tambah)
bawang goreng - untuk tabur

Caranya:
1. Basuh beras dan toskan. Ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak sapi dan mentega dalam periuk nasi. (Masak atas dapur dulu)
3. Tumis bahan hiris, bunga lawang, cengkih dan kayu manis. Bila dah naik bau masukkan air dan susu cair.
4. Masukkan juga kiub ayam. Setelah itu masukkan beras. Alihkan periuk ke periuk elektrik pula.
5. Biarkan sehingga nasi masak.
6. Tabur bawang goreng diatas nasi minyak ni ye.


AYAM BEREMPAH
Sumber: FB


*Resepi dibawah ni utk 1 ekor ayam, tapi Ifa cuma buat 1/2 ramuan je.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong lapan
3 biji bawang besar *
1 labu bawang putih *
3000 gm halia *
300 gm lengkuas *
100 gm buah keras *
Garam secukup rasa

- bahan-bahan bertanda * dikisar

Cara-cara:
1. Perap ayam bersama dengan bahan kisar selama 2 jam.
2. Goreng hingga garing.
3. Sedia untuk dihidangkan.

*waktu perapan yang lama akan menjadikan rasa ayam lebih sedap


KURMA AYAM
Sumber: Masakan Dari Ibu


Bahan-bahan:
5 - 8 ketul ayam
2 biji kentang
1 biji bawang besar - dibelah 4
1 biji cili merah - dibelah 2
1 biji cili hijau - dibelah 2
5 biji bawang merah *
3 biji bawang putih  *
1 inci halia *
1 paket rempah kurma ADABI 
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar perahan air limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

 Cara-cara:
1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda * hingga lumat.
2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga garing sedikit dan naik bau.
3. Kemudian masukkan rempah kurma adabi yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Masak sehingga rempah kurma naik bau dan sedikit kering.
4. Masukkan air dan kentang. Didihkan hingga kentang empuk.

5. Setelah itu baru masukkan santan dan ayam tadi. Biarkan mendidih.
6. Akhir sekali masukkan garam, gula, bawang besar, cili merah dan cili hijau. Didihkan sebentar dan tutup api.
7. Masukkan perahan air limau nipis tadi, kacau dan sedia untuk dihidangkan.

*kali ni Ifa tak guna santan ttp guna susu cair 3/4 cawan






3 March 2015

Melting Moments

Assalamualaikum.

Semalam Ifa teringin nak makan kudap-kudap biskut yang buat sendiri. Ifa suker biskut yang simple2 tapi sedap. Mulanya nak buat biskut semperit, tapi anak pula tak berapa suker, jadi Ifa mula la google carik resepi biskut. Lepas tu Ifa terjumpa biskut yang mudah dan Ifa rasa biskut ni sedap tengok pada bahan yang digunakan. Nama biskut ni pun unik, tak pernah Ifa dengar pun. Tengok pada blog Happy Home Baking tu pun banyak lagi resepi2 yang menarik.

Biskut ni memang sedap, tambahan pulak Ifa guna mentega jenama Anchor. Makan pun laju je dan cair di mulut. Jom tengok resepi tu...




MELTING MOMENTS
Sumber: Happy Home Baking


Ingredients
175g unsalted butter, softened at room temperature
40g icing sugar
1/2 teaspoon pure vanilla extract
175g plain flour
40g cornflour (cornstarch)

Method:

1. With an electric mixer, cream butter and icing sugar together until pale and fluffy. Add the vanilla extract and beat for a few seconds.
2. Sift the flour and cornflour together over the butter mixture and mix until smooth.
3. Spoon the mixture into a piping bag fitted with a large star-shaped piping nozzle. Pipe into the required shapes on a baking tray lined with parchment paper. Space the shapes well apart.
4. Bake the cookies in preheated oven at 180degC for 12 minutes or until they are a pale golden colour. Leave for a few minutes on the baking tray to firm up slightly before transferring to wire rack to cool.

Recipe Source: The Cookie and Biscuit Bible

Note: To prevent the cookies from spreading and hold the shape better, after piping, chill the tray of unbaked cookies in the fridge for about 30mins before baking.





1 March 2015

Spagetti

Assalamualaikum.

Petang ni kami semua tak nak makan nasi sebab pagi tadi Ifa dah buat nasi goreng ikan bilis untuk sarapan. Jadi Ifa buat la spagetti untuk makan petang dan malam ni. Spagetti ni pun sibujang Ifa tak suker. Kalau dia ada Ifa mesti buatkan pizza untuk dia. Pernah buat spagetti ni di sini dan sini.



SPAGETTI
Sumber: Kak Gee (Kawan Ifa masa ofis lama)

Bahan-Bahan:
400 gm daging kisar - dibersihkan dan ditos
2 tin sos prego tradisional
1 tin cendawan - dihiris
1 tin kecil tomato puree
1 biji cili benggala hijau - dipotong dadu
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil basil leaf
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan masukkan cili kisar.
2. Masukkan air, sos prego, tomato puree serta daging kisar. Didihkan sehingga daging empuk. Kalau air nak kering tambah lg 1 cawan.
3. Setelah daging empuk, masukkan cendawan, cili benggala, oregano dan basil leaf.
4. Masukkan garam. Didihkan sebentar.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama mee spegetti.

*Rebus mee spagetti bersama 1 sudu minyak masak + 1 sudu kecil garam




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...