10 May 2013

Nasi Lemak Pandan Lagi...

Assalamualaikum,

Dah banyak kali Ifa masak nasi lemak pandan ni. Memang sedap dan lemak je.




NASI LEMAK PANDAN

Bahan-bahan:
Untuk Nasi
3 cawan beras
1 inci halia - ditumbuk kasar atau hiris kasar
Sedikit Halba
1 1/2 cawan air pandan - dari 5 helai daun pandan
2 cawan santan 
Sedikit garam
2 titik pewarna hijau - jika suka

Cara-cara:
Basuh beras dan masukkan semua bahan-bahan diatas. Masak di dalam periuk elektrik.



Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis
5 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah - dikisar
sedikit belacan - dikisar 
1 biji bawang besar - dihiris separuh bulat
Air asam jawa
Gula - ikut kemanisan masing2
Garam
Ikan bilis goreng

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar dan bahan kisar hingga pecah minyak atau garing.
2. Masukkan air asam jawa dan bawang besar.
3. Masukkan garam, gula dan ikan bilis goreng. Didihkan sebentar. Tutup api.
4. Hidangkan bersama nasi lemak pandan, ikan bilis goreng, timun dan telur rebus.

"Selamat Mencuba"

7 May 2013

Nasi Goreng Ikan Bilis Lagi...


NASI GORENG IKAN BILIS
Sumber: Masakan Dari Ibu


Bahan-bahan:
3 mangkuk nasi
2 biji bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1 sudu besar cili kisar / cili padi tumbuk
2 biji telur
segenggam kan bilis
garam
perasa - semestinya Ifa letak tumix
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Gaul dan sebatikan nasi dengan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat.
3. Kemudian tumis pula bahan-bahan hiris dan setelah itu masukkan cili kisar.
4. Pecahkan telur dan hancur2kan telur tadi.
5. Masukkan nasi dan juga perasa. Kacau sebati.
6. Sedia utk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"



4 May 2013

Scone

Assalamualaikum,

Resepi ni Ifa dah pernah buat kat sini. Memang sedap......suka makan dengan jem strawberry tu.


2 May 2013

Mee Hailam

MEE HAILAM
Sumber: Masakan Dari Ibu


Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - dibasuh dan dicelur sekejap, toskan.
10 ekor udang
1 paket fish cake - dihiris nipis dan digoreng
3 biji telur
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih - dipecah2kan saja
Kicap manis secukupnya - Ifa guna kicap manis kipas udang
Sawi - dipotong kecil2
1/2 kiub ayam - jika suka
2 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, masukkan cili kisar.
2. Masukkan air, kicap dan udang. Apabila kuah dah nak mendidih, pecahkan telur sebiji demi sebiji. Didihkan sehingga telur masak.
3. Masukkan sawi, kiun ayam dan akhir sekali masukkan fish cake yang telah digoreng tadi.
4. Hidangkan bersama mee kuning dan ditabur bawang goreng.



1 May 2013

Nasi Minyak dan Ayam Panggang

Assalamualaikum.



NASI MINYAK SIMPLE
Sumber: Masakan Dari Ibu 


Bahan-bahannya:
3 cawan beras - guna beras biasa je, kalau nak guna brasmathi pun bole - Ifa guna berasmathi
3 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair/susu tepung pun boleh - Ifa guna susu cair
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 kuntum bunga lawang
3 biji cengkih
1 batang kayu manis (kecik je)
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
garam secukup rasa
1/2 kiub ayam (ni Ifa tambah)
bawang goreng - untuk tabur

Caranya:
1. Basuh beras dan toskan. Ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak sapi dan mentega dalam periuk nasi. (Masak atas dapur dulu)
3. Tumis bahan hiris, bunga lawang, cengkih dan kayu manis. Bila dah naik bau masukkan air dan susu cair.
4. Masukkan juga kiub ayam. Setelah itu masukkan beras. Alihkan periuk ke periuk elektrik pula.
5. Biarkan sehingga nasi masak.
6. Tabur bawang goreng diatas nasi minyak ni ye.


AYAM PANGGANG
Sumber: Resepi Raidah


Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran ) -lihat resepi dibawah
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.




Sebelum dipanggang.


Selepas dipanggang.

REMPAH KABSA
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.



Resepi sos salsa ambil di sini.

Resepi kurma daging di sini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...