29 September 2015

Pau Sambal Malaysia

 Assalamualaikum.



PAU SAMBAL MALAYSIA
Sumber: Fb Kerja Dari Rumah

Bahan-bahan:
2 cawan (256g) tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu nesar majerin atau shortening
1 1/2 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu besar gula halus
180ml air suam

Cara-cara:
1. Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml.
2. Kacau larut bersama sedikit gula halus dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dipermukaan.
3. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. 4. Kemudian masukkan majerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
5. Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
6. Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
7. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
8. Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda m,ahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
9. Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper, cuma tekan sedikit sahaja.
10. Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke 2 selama 30 - 35 minit.
11. Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
12. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah ditengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.





*Tips:
Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan didalam kuali supaya doh tidak melekat ditangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...