29 December 2013

Nasi Mandy

Assalamualaiakum.

Nasi Mandy ni Ifa ambil dari blog Master Chef Celebrity Sabri Hassan. Teringin nak makan nasi arab jadi Ifa terjumpa la resepi ni. Mudah sungguh nak masak dan tambahan pula bahan-bahannyer senang nak carik. Jom tengok resepi ni. Ifa copy paste resepi ni ye chef...Terima kasih Chef Sabri ...resepi yang sedap dan mudah.





NASI MANDY

PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 30 MINIT
BAHAN:

4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1/2 sdk serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
3 ktm Bunga Lawang
3 ktm Bunga cengkih
2 sdm Gula
1 sdm Garam
1 sdm Serbuk perasa Ayam

Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.

TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN,HIRISAN HALIA,HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.

NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA. 

* Untuk ayam panggang sila lihat resepi di sini.


SOS SALSA

Bahan-bahan:
1 biji tomato
2 biji lemon - diperah ambil pati lemon
1 biji bawang besar
1 tangkai cili merah
5 biji cili padi
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

*kisar semua bahan diatas dan sedia untuk dihidangkan bersama ayam panggang.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...