Assalamualaikum.
Sumber: yani@myresepi
Bahan-bahan:
1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk
baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
minyak secukupnya
kelapa kering secukupnya.
Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1
tadi. Kacau sehingga sebati.
3. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi
dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2
btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
4. Gorenglah sehingga masak.
5. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila
coklat dah cair. Padamkan api. Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul
sehingga rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering.
6. Siap utk dihidang.
No comments:
Post a Comment