Assalamualaikum.
Kek ni dah banyak kali Ifa buat cuma kelainannya hanya tambah perisa je. Sebelum ni Ifa buat marble butter cake dan plain butter cake, cuma kali ni Ifa tambah perahan limau sunkis je.
ORANGE BUTTER CAKE
Resepi asal : Bebop
Sumber: MakLang
Bahan A
250g butter
200g gula
210g tepung gandum } mklang guna self raising flour Ifa guna self raising flour
1st baking powder }
Bahan B
5 biji telur
*Ifa tambah 1 sdt esen vanila, 2 sudu besar perahan limau sunkis dan 1 sudu besar parutan kulit limau sunkis.
Cara:
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4-5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160 C selama 50-6- minit atau uji dengan lidi dengan cucuk di bhg tengah kek. Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.
No comments:
Post a Comment