25 February 2013

Japanese Cotton Cheese Cake

Assalamualaikum,

Kek ni Ifa buat semalam, biase la kan kalau cuti tu memang terlebih rajin le. Kek ni sedap sangat sampai Ifa tak boleh nak berenti makan. Tambah-tambah kalau sejuk2...lembut, gebus, sedap dan memang rasa mabeles la. 

Resepi ni Ifa jumpa di blog My Baking Workshop, kat sini macam2 kek dan cantik2 deco kek tu secantik tuanpunyer blog tu. Ifa copy paste je resepi tu kat sini. Minta halal pada tuanpunyer resepi ye. 




JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

Sumber diperolehi: My Baking Workshop

Bahan2:
A
160g cream cheese
25g butter
120g susu segar (saya guna susu penuh krim)

B
40g tepung kek / gandum
30g tepung jagung

C
4 biji kuning telur (Gred A)

D
4 biji putih telur (Gred A)
1/8 sk cream of tartar
100g gula kaster
Secubit garam

Cara2:

#Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya & alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.

1. Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair & pekat. Matikan api.
2. Masukkan bahan B, gaul sebati.
3. Masukkan pula bahan C.
4. Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan.
5. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk.
6. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan.
8. Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan sepenuhnya.







23 February 2013

Chocolate Chip Muffin

Assalamualaikum,

Hari ni anak Ifa nak sangat makan muffin coklat, jadi Ifa guna resepi dari blog Home Sweet Home tu iaitu Ummi Zaihadi. Muffin ni dah banyak kali sangat Ifa buat sebab sedap dan anak-anak semua suka terutama kalau panas2. Anak Ifa kata suka makan panas2 sebab coklat tu cair je.

Tapi kali ni bukan Ifa yang buat tapi anak Ifa yang bongsu, Hakim. Dia nak sangat buat dan lagipun resepi ni sangat mudah, jadi Ifa pun bagi je la dia buat...tp dengan pengawasan ibu dia le...hehehe. Ifa copy paste je kat sini, minta halal pada tuanpunyer resepi ye.

Jom tengok resepi kat bwh ni; 


CHOCOLATE CHIP MUFFIN
Sumber: Home Sweet Home

Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips






Cara Membuat:-

Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
Masukkan choc chips.
Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)





21 February 2013

Bihun Goreng

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak letak resepi kat sini. Kat bawah ni pun resepi yang Ifa dah buat untuk sarapan pd hari minggu lepas...hehehe. Malas la tu nak update. 


Bihun yang simple yang mak Ifa selalu buat untuk anak-anak nyer..mase kecik2 dulu le...hehehe....

BIHUN GORENG

Bahan-bahan:
Bihun - direndam
5 biji bawang merah - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sudu besar cili kisar 
3 sudu besar udang kering - dikisar halus - Ifa guna ikan bilis
5 biji telur
3 @ 5 sudu besar kicap masin - ikut masing2
3 sudu besar sos cili - jika suka
Fish Cake - dipotong nipis dan digoreng
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar dan bahan-bahan tumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan udang kering @ ikan bilis kisar. Gaul sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam kuali dan hancurkan telur sebati dengan bahan-bahan tumis tadi.
3. Setelah itu masukkan bihun yang direndam tadi dan air. Gaul rata.
4. Masukkan kicap, sos cili, garam dan perasa. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan sawi dan fish cake yang telah digoreng tadi. Kacau hingga bihun masak.
6. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"



Nasi Lemak Pandan

Assalamualaikum,

Nasi lemak pandan ni Ifa dah pernah masak kat SINI. Senang dan ringkas dan yang penting sedap menyelerakan...hehehe.....


NASI LEMAK PANDAN

Bahan-bahan:
Untuk Nasi
3 cawan beras
1 inci halia - ditumbuk kasar atau hiris kasar
Sedikit Halba
1 1/2 cawan air pandan - dari 5 helai daun pandan
2 cawan santan 
Sedikit garam
2 titik pewarna hijau - jika suka

Cara-cara:
Basuh beras dan masukkan semua bahan-bahan diatas. Masak di dalam periuk elektrik.

Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis
5 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah - dikisar
sedikit belacan - dikisar 
1 biji bawang besar - dihiris separuh bulat
Air asam jawa
Gula - ikut kemanisan masing2
Garam
Ikan bilis goreng

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar dan bahan kisar hingga pecah minyak atau garing.
2. Masukkan air asam jawa dan bawang besar.
3. Masukkan garam, gula dan ikan bilis goreng. Didihkan sebentar. Tutup api.
4. Hidangkan bersama nasi lemak pandan, ikan bilis goreng, timun dan telur rebus.

"Selamat Mencuba"



12 February 2013

Roti Sardin Gulung

Assalamualaikum,

Biasa roti sardin ni Ifa suka beli kat satu gerai di kawasan rumah Ifa tapi hari ni terasa nak buat sendiri sebab kalau buat sendiri boleh dapat banyak dan makan banyak...hehehe.

Resepi kat bawah ni ye;


ROTI SARDIN GULUNG 
Sumber: Masakan Dari Ibu

Bahan-bahan:
Roti Potong
Telur 2 biji
Mentega
Sardin yang telah dimasak
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara: 
1. Sapukan roti dengan mentega, letakkan inti sardin dan gulung.
2. Kemudian celupkan ke dalam telur yang telah dipukul dengan sedikit garam.
3. Goreng sehingga kekuningan dengan minyak penuh.
4. Sedia dihidangkan.

"Selamat Mencuba"




Roti Arab

Assalamualaikum,

Ni sarapan hari minggu lepas, kalau cuti je memang terlebih rajin asyik nak masak je la. Roti arab ni memang sedap dan lembut walaupun dah sejuk. Hubby dan anak-anak IFa semua sukakan roti arab ni.

Tambah-tambah kalau ada pencicahnyer iaitu makan dengan kuah kari ayam atau sambal sardin. Resepi roti arab ni Ifa ambil kat myresepi. Ifa copy paste je resepi tu kat sini. Minta halal ye tuanpunye resepi ni.



ROTI ARAB
Sumber diperolehi: Sofinar@myresepi


Bahan-bahan ( 10 org makan )

2 sudu besar mentega

2 sudu besar minyak masak

2 sudu besar gula

300 ml air suam

6 g yis

500g tpg gandum


Cara-cara:

1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam

2. tepung di gaul dengan yis

3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental

4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup

5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji

6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm

7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.

8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging




Nasi Lemak Pandan

Assalamualaikum,

Ni bukannyer sarapan kitaorang tapi menu makan malam...hehehe. Hubby teringin sangat nak makan nasik lemak, kalau beli kat gerai depan kawasan rumah Ifa tu ada jual nasik lemak, tapi hubby kata tak puas makan sebab RM1...memang kecik sesangat la.

Lagi pulak, dia nak yang nasi yang ada daun pandan tu...sedap bau aroma pandan. Berselera je makan...Anak-anak Ifa pun semua suka nasik lemak pandan ni.
Anak Ifa yang sikecik, Hakim kata nak nasik lemak hijau...hehehe... 



NASI LEMAK PANDAN
Sumber: Masakan Dari Ibu
 
Bahan-bahan:
Untuk Nasi
3 cawan beras
1 inci halia - ditumbuk kasar atau hiris kasar
Sedikit Halba
1 1/2 cawan air pandan - dari 5 helai daun pandan
2 cawan santan 
Sedikit garam
2 titik pewarna hijau - jika suka

Cara-cara:
Basuh beras dan masukkan semua bahan-bahan diatas. Masak di dalam periuk elektrik.

Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis
5 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah - dikisar
sedikit belacan - dikisar 
1 biji bawang besar - dihiris separuh bulat
Air asam jawa
Gula - ikut kemanisan masing2
Garam
Ikan bilis goreng

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar dan bahan kisar hingga pecah minyak atau garing.
2. Masukkan air asam jawa dan bawang besar.
3. Masukkan garam, gula dan ikan bilis goreng. Didihkan sebentar. Tutup api.
4. Hidangkan bersama nasi lemak pandan, ikan bilis goreng, timun dan telur rebus.

"Selamat Mencuba"




5 February 2013

Daging Goreng Minyak

Assalamualaikum.

Anak bujang Ifa dah mintak nak makan daging kunyit pulak, jadi semalam hubby dah siap-siap beli kat pasar malam. Kalau beli kat kedai biasa yang dekat kawasan rumah Ifa tu, jual daging beku je. Daging beku tak best sebab banyak lemak dan liat pulak tu. Kalau beli kat pasar malam memang sedap dan lembut, fresh lg tu.

Resepi kat bawah ni;



DAGING GORENG MINYAK
Bahan-bahan:
1 kilo daging - dibersihkan dihiris dan digoreng dengan kunyit dan garam
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris 
10 biji cili padi
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan hiris tadi dan juga cili padi.
2. Masukkan air asam jawa dan juga daging.
3. Masukkan sedikit garam dan perasa.
4. Sedia untuk dihidangkan.

"SELAMAT MENCUBA"



Ikan Bawal Masam Manis

Assalamualaikum.

Haaa...hari ni resepi ni khas dibawakan dari Perak. Ifa masak ni masa Ifa kat rumah mak Ifa di Bagan Datok la. Ayah Ifa memang suka makan ikan bawal, sebab tu dia mintak masakkan ikan yang ada rasa masam-masam manis katanyer.

Hubby memang tak pernah beli ikan ni kat rumah sebab Ifa tak suka makan ikan ni, bila Ifa tak makan jadi hubby pun tak beli la sebab hubby kata tak syok dia makan sorang2 je...macam tu pulak...huhuhu. Bukan ikan bawal ni je...semua ikan besar-besar dan dikategorikan ikan mahal-mahal tu Ifa tak makan mcm ikan kerapu, siakap dan apa2 je la yang sewaktu dengannyer. Ifa suka ikan kecik2 je...hehehe. Haaa... tapi kalau ikan merah dan terubuk Ifa makan pulak...adoiii pelik la selera Ifa ni...hmmm....apa-apa je la.


Jom layan resepi ni kat bawah tu;


IKAN BAWAL MASAM MANIS

Bahan-bahan:
Ikan bawal - dibersihkan dan digoreng (lumur kunyit dengan garam) 
Bawang besar 1 biji - dihiris
Bawang putih 3 ulas - dihiris
Halia 1 inci - dihiris
Cili kisar 1 sudu besar
Sos Cili 5 sudu besar
Sos Tomato 3 sudu kecil 
Sedikit garam dan gula
2 sudu besar minyak untuk menumis
Air 1/4 cawan

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar dahulu dan kemudian masukkan baha-bahan dihirs tadi.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula serta air.
3. Biarkan didih sebentar dan tutup api.
4. Curahkan diatas ikan bawal yang telah digoreng tadi.
5. Siap untuk dihidangkan.

"SELAMAT MENCUBA"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...