12 February 2013

Roti Arab

Assalamualaikum,

Ni sarapan hari minggu lepas, kalau cuti je memang terlebih rajin asyik nak masak je la. Roti arab ni memang sedap dan lembut walaupun dah sejuk. Hubby dan anak-anak IFa semua sukakan roti arab ni.

Tambah-tambah kalau ada pencicahnyer iaitu makan dengan kuah kari ayam atau sambal sardin. Resepi roti arab ni Ifa ambil kat myresepi. Ifa copy paste je resepi tu kat sini. Minta halal ye tuanpunye resepi ni.



ROTI ARAB
Sumber diperolehi: Sofinar@myresepi


Bahan-bahan ( 10 org makan )

2 sudu besar mentega

2 sudu besar minyak masak

2 sudu besar gula

300 ml air suam

6 g yis

500g tpg gandum


Cara-cara:

1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam

2. tepung di gaul dengan yis

3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental

4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup

5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji

6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm

7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.

8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...