25 February 2013

Japanese Cotton Cheese Cake

Assalamualaikum,

Kek ni Ifa buat semalam, biase la kan kalau cuti tu memang terlebih rajin le. Kek ni sedap sangat sampai Ifa tak boleh nak berenti makan. Tambah-tambah kalau sejuk2...lembut, gebus, sedap dan memang rasa mabeles la. 

Resepi ni Ifa jumpa di blog My Baking Workshop, kat sini macam2 kek dan cantik2 deco kek tu secantik tuanpunyer blog tu. Ifa copy paste je resepi tu kat sini. Minta halal pada tuanpunyer resepi ye. 




JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

Sumber diperolehi: My Baking Workshop

Bahan2:
A
160g cream cheese
25g butter
120g susu segar (saya guna susu penuh krim)

B
40g tepung kek / gandum
30g tepung jagung

C
4 biji kuning telur (Gred A)

D
4 biji putih telur (Gred A)
1/8 sk cream of tartar
100g gula kaster
Secubit garam

Cara2:

#Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya & alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.

1. Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair & pekat. Matikan api.
2. Masukkan bahan B, gaul sebati.
3. Masukkan pula bahan C.
4. Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan.
5. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk.
6. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan.
8. Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan sepenuhnya.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...