10 October 2012

Ayam Panggang Madu

Assalamualaikum,

Ayam panggang ni sedap jugak la. Asyik makan yang goreng2 je, nak jugak ayam panggang...tak de la banyak minyak. Makan banyak minyak ni tak baik utk kesihatan kan. 



Lepas tu Ifa masak nasi minyak utk digandingkan dengan ayam panggang madu ni, buat sup paling ringkas jugak. Jom kita tengok resepi dari cikmanggis myr.




AYAM PANGGANG MADU
Sumber diperolehi: cikmanggis myr

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam bersihkan, jangan dibuang kulitnya.
5 cm halia
4 ulas bawang putih
garam dan gula melaka sedikit lada hitam
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam
3 sudu besar kicap pekat
Bahan untuk perap:
5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam

Cara-cara:
1. Tumbuk halia dan bawang putih serta garam, lumurkan pada ayam, biarkan sebentar.
2. Sementara itu siapkan bahan-bahan untuk disapukan pada ayam nanti...bumbunya.
3. Tumbuk halia dan bawang putih sampai lumat dan masukkan sos tiram, lada hitam, gula melaka, kicap pekat, madu dan pati ayam. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan ayam dalam ketuhar dengan kepanasan 190 darjah celcius, bakar sehingga masak, tapi jangan sampai kekuningan.
5. Apabila masak, keluarkan ayam, lumurkan dgn bumbunya tadi, masukkan dalam ketuhar kembali, bakar selama 5 minit. Harus berhati-hati kerana pada tahap ini, ayam cepat hangus.
6. Keluarkan ayam sekali lagi, terbalikkan, sapu bumbu selebihnya pada bahagian bawah ayam tadi, bakar lagi sehingga ayam berwarna keemasan. Siap untuk dihidang.

* Untuk nasi minyak resepi di SINI.


Sebelum Panggang

Selepas Panggang

5 October 2012

Ikan Cencaru Sumbat

Assalamualaikum,

Hari ni Ifa masak simple sgt2. Cuma ikan cencaru sumbat dan sayur kobis masak kicap je. Ada sesetengah org panggil ikan ni ikan jaket. Sbb apa panggil ikan jaket ye? Mungkin sbb kulit ikan ni keras kot... jaket tu keras mcm kulit ikan ni ke???...huhuhuh...apa2 je lah.
Ifa cuma nak kongsi masak ikan cencaru sumbat ni je.....resepi dari mak Ifa. Tp kalau Ifa masak lauk ni...anak-anak mesti makan ikan saje...sambal tu diaorg buang... sabo je la. Tak pe...blum reti lg nak mkn tu.
Jom tengok resepi tu...


IKAN CENCARU SUMBAT
Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru - dibelah belakang (tp ikan ni tak belah belakang pun...lupa..hehehe)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
5 biji cili padi
segenggam kelapa parut
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit gula
2 sudu besar air limau nipis

Cara membuatnya:
1. Bersihkan ikan cencaru dan toskan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan belacan.
3. Kemudian tumbuk sekali kelapa parut.
4. Masukkan dalam bekas dan gaul bahan-bahan tumbuk tadi dengan garam dan perahan air limau nipis.
5. Ikan tadi dilumur garam terlebih dahulu. 
6. Kemudian masukkan bahan-bahan tumbuk tadi di bahagian belakang ikan cencaru tersebut. Tutup rapat ikan cencaru tu untuk elakkan sambal terkeluar semasa menggoreng nanti.
7. Panaskan minyak dan goreng hingga masak atau pun garing.
8. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"





4 October 2012

Chocolate Chip Cookies

Assalamualaikum,

Petang ni terajin la pulak nak buat cookies. Kalau buat chocolate chip cookies ni mesti habis cepat punyerr... family Ifa semua suka ni. Minta halal pada tuanpunyer resepi. Ifa paste copy je ye.



BEST EVER CHOCOLATE CHIP COOKIES
Resepi Asal: allrecipes.com
Sumber: noorana ali 
Sumber diperolehi: Inahar's Cooking Time

Ingredients:
1 cup butter, softened
1 cup white sugar
1 cup packed brown sugar
2 eggs
2 teaspoons vanilla extract
2 cups all-purpose flour - kita kurangkan tepung kpd 11/2 cup je dan tambah 1/2 cup cocoa powder untuk chocolate flavor
1 cup ground oatmeal-ganti cornflake kisar sbb xder stok oat kt umah 
1 teaspoon b/powder (ni tambah sendiri..ampun ana)
1/2 teaspoon salt
11/2 cups semisweet chocolate chips-guna imported punyer sbb lebih sedap & harum
1 cup chopped almond

Directions:
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
Sift the flour with baking soda. Set aside. Cream together the butter, white sugar, and brown sugar untul smooth. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. Add salt. Stir in flour & ground oatmeal, chocolate chips, and nuts. Drop by large spoonfuls onto ungreased pans. The batter will be quite thick and easier for you to shape the cookies to a smaller or bigger size.

Bake for about 15 minutes in the preheated oven, or until edges are nicely browned.


Bihun Singapore

Assalamualaikum,

Semalam Ifa masak bihun goreng untuk makan malam. Sesekali tak makan nasi pulak. Tp bihun ni pun dah kira kenyang jugak. Selalunya Ifa masak bihun goreng pedas...letak kicap sekali, tp terjumpa pulak resepi bihun singapore ni. Tu yg rasa nak cuba tu.
Sedap jugak la, walaupun tak pedas. Tp kalau nak pedas makan dengan cili kicap...tp Ifa tak buat la... sbb Ifa tak boleh makan cili padi. Nnt angin satu badan...hehehehe...
Jom tengok resepi bihun singapore tu dari Sofinar My Resepi....





BIHUN SINGAPORE
Sumber diperolehi: Sofinar (My Resepi)

Bahan-bahan:
1 bungkus bihun - direndam dahulu
300 gm daging - dipotong kecil2 (Ifa guna udang)
3-4 keping fish cake (Ifa tambah fish ball)
sayuran campur - carrot, jagung dan kacang pis
3 sudu makan cuka
6 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam/lada putih
2 biji tomato - potong nipis jika suka (Ifa tak letak)
garam dan gula secukupnya
cili api-potong nipis + kicap sebagai sos


Cara-cara:
1. lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
2. panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
3. masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau,  boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
4. Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
6. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. Saya tak bubuh tomato sebab anak dan hb tak suka
7. Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)




Goreng Fishcake & Fishball

Tumis Bawang Putih

Masukkan udang

Masukkan sayur-sayuran....ikut suka

Kacau sebati

Dah siap.....

1 October 2012

Lasagna

Assalamualaikum,

Dah 3 hari jugak tak post kat sini...sibuk pulak hari sabtu ngan ahad ni. Yg Ifa postkan hari ni menu tgh Jumaat lepas. Dah lama sgt teringin nak buat lasagna. Lasagna ni Ifa jumpa kat dapur Ana dr Cahaya Cinta Ku . Nampak menarik sgt...terliur tak tertahan nak mencuba. 

Meh tgk resepi kat bawah.



LASAGNA
Sumber diperolehi: Cahaya Cinta Ku

Bahan Utama:
1 kotak lasagna - dicelur dlm air panas sekejap

Bahan Inti Daging:
14 oz sos prego - Ifa guna 2 tin sos prego tradisional
1 tin cendawan butang - dibuang air dan dipotong dadu
400 gm daging cincang/daging kisar ramly - Ifa guna daging kisar ramly
serbuk black pepper
serbuk oregano
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 paket keju mozarella
Keju parmesan
1 sudu besar sos cili
4 sudu besar minyak masak/minyak zaitun - Ifa guna minyak zaitun jugak
Garam secukup rasa

Bahan Sos Putih:
2 sudu besar butter
Keju cheddar - Ifa guna 1 paket
250 ml susu full cream
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara membuat inti daging:
1. Masukkan 4 sudu besar minyak. Tumiskan bawang cincang tadi hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging kisar. Gaul sebati dan tuangkan sos prego. Gaul sebati.
3. Masukkan garam, serbuk oregano, cendawan butang dan sos cili.
4. Taburkan serbuk black pepper. Dah masak tutup api.

Cara membuat sos putih:
1. Cairkan butter dan masukkan tepung gandum, gaul sebati.
2. Masukkan susu full cream dan juga keju cheddar. Kacau sampai keju sebati.
3. Masukkan garam dan kacau hingga pekat sikit, tutup api.

*Kalau nak byk sos boleh buat 2 adunan utk sos putih ni.

Cara melapis lasagna:
1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
2. Ambil loyang yang sesuai, susun kepingan lasagna sampai menutup bahagian bawah loyang.
3. Taburkan dgn inti daging, kemudian tuangkan sos putih hingga tutup inti daging.
4. Taburkan dengan keju mozarella dan keju parmesan.
5. Ulang semula hingga habis. Yg atas sekali mesti ada sos putih dan taburan keju mozarella serta keju parmesan.  Buat 3 lapisan.
6. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit. Guna api bawah sahaja.


Mcm ni le rupanyer lepas masak...



Jemput makan.....memang sedap sgt....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...