10 October 2012

Ayam Panggang Madu

Assalamualaikum,

Ayam panggang ni sedap jugak la. Asyik makan yang goreng2 je, nak jugak ayam panggang...tak de la banyak minyak. Makan banyak minyak ni tak baik utk kesihatan kan. 



Lepas tu Ifa masak nasi minyak utk digandingkan dengan ayam panggang madu ni, buat sup paling ringkas jugak. Jom kita tengok resepi dari cikmanggis myr.




AYAM PANGGANG MADU
Sumber diperolehi: cikmanggis myr

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam bersihkan, jangan dibuang kulitnya.
5 cm halia
4 ulas bawang putih
garam dan gula melaka sedikit lada hitam
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam
3 sudu besar kicap pekat
Bahan untuk perap:
5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam

Cara-cara:
1. Tumbuk halia dan bawang putih serta garam, lumurkan pada ayam, biarkan sebentar.
2. Sementara itu siapkan bahan-bahan untuk disapukan pada ayam nanti...bumbunya.
3. Tumbuk halia dan bawang putih sampai lumat dan masukkan sos tiram, lada hitam, gula melaka, kicap pekat, madu dan pati ayam. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan ayam dalam ketuhar dengan kepanasan 190 darjah celcius, bakar sehingga masak, tapi jangan sampai kekuningan.
5. Apabila masak, keluarkan ayam, lumurkan dgn bumbunya tadi, masukkan dalam ketuhar kembali, bakar selama 5 minit. Harus berhati-hati kerana pada tahap ini, ayam cepat hangus.
6. Keluarkan ayam sekali lagi, terbalikkan, sapu bumbu selebihnya pada bahagian bawah ayam tadi, bakar lagi sehingga ayam berwarna keemasan. Siap untuk dihidang.

* Untuk nasi minyak resepi di SINI.


Sebelum Panggang

Selepas Panggang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...