4 October 2012

Bihun Singapore

Assalamualaikum,

Semalam Ifa masak bihun goreng untuk makan malam. Sesekali tak makan nasi pulak. Tp bihun ni pun dah kira kenyang jugak. Selalunya Ifa masak bihun goreng pedas...letak kicap sekali, tp terjumpa pulak resepi bihun singapore ni. Tu yg rasa nak cuba tu.
Sedap jugak la, walaupun tak pedas. Tp kalau nak pedas makan dengan cili kicap...tp Ifa tak buat la... sbb Ifa tak boleh makan cili padi. Nnt angin satu badan...hehehehe...
Jom tengok resepi bihun singapore tu dari Sofinar My Resepi....





BIHUN SINGAPORE
Sumber diperolehi: Sofinar (My Resepi)

Bahan-bahan:
1 bungkus bihun - direndam dahulu
300 gm daging - dipotong kecil2 (Ifa guna udang)
3-4 keping fish cake (Ifa tambah fish ball)
sayuran campur - carrot, jagung dan kacang pis
3 sudu makan cuka
6 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam/lada putih
2 biji tomato - potong nipis jika suka (Ifa tak letak)
garam dan gula secukupnya
cili api-potong nipis + kicap sebagai sos


Cara-cara:
1. lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
2. panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
3. masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau,  boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
4. Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
6. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. Saya tak bubuh tomato sebab anak dan hb tak suka
7. Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)




Goreng Fishcake & Fishball

Tumis Bawang Putih

Masukkan udang

Masukkan sayur-sayuran....ikut suka

Kacau sebati

Dah siap.....

1 October 2012

Lasagna

Assalamualaikum,

Dah 3 hari jugak tak post kat sini...sibuk pulak hari sabtu ngan ahad ni. Yg Ifa postkan hari ni menu tgh Jumaat lepas. Dah lama sgt teringin nak buat lasagna. Lasagna ni Ifa jumpa kat dapur Ana dr Cahaya Cinta Ku . Nampak menarik sgt...terliur tak tertahan nak mencuba. 

Meh tgk resepi kat bawah.



LASAGNA
Sumber diperolehi: Cahaya Cinta Ku

Bahan Utama:
1 kotak lasagna - dicelur dlm air panas sekejap

Bahan Inti Daging:
14 oz sos prego - Ifa guna 2 tin sos prego tradisional
1 tin cendawan butang - dibuang air dan dipotong dadu
400 gm daging cincang/daging kisar ramly - Ifa guna daging kisar ramly
serbuk black pepper
serbuk oregano
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 paket keju mozarella
Keju parmesan
1 sudu besar sos cili
4 sudu besar minyak masak/minyak zaitun - Ifa guna minyak zaitun jugak
Garam secukup rasa

Bahan Sos Putih:
2 sudu besar butter
Keju cheddar - Ifa guna 1 paket
250 ml susu full cream
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa

Cara membuat inti daging:
1. Masukkan 4 sudu besar minyak. Tumiskan bawang cincang tadi hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging kisar. Gaul sebati dan tuangkan sos prego. Gaul sebati.
3. Masukkan garam, serbuk oregano, cendawan butang dan sos cili.
4. Taburkan serbuk black pepper. Dah masak tutup api.

Cara membuat sos putih:
1. Cairkan butter dan masukkan tepung gandum, gaul sebati.
2. Masukkan susu full cream dan juga keju cheddar. Kacau sampai keju sebati.
3. Masukkan garam dan kacau hingga pekat sikit, tutup api.

*Kalau nak byk sos boleh buat 2 adunan utk sos putih ni.

Cara melapis lasagna:
1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
2. Ambil loyang yang sesuai, susun kepingan lasagna sampai menutup bahagian bawah loyang.
3. Taburkan dgn inti daging, kemudian tuangkan sos putih hingga tutup inti daging.
4. Taburkan dengan keju mozarella dan keju parmesan.
5. Ulang semula hingga habis. Yg atas sekali mesti ada sos putih dan taburan keju mozarella serta keju parmesan.  Buat 3 lapisan.
6. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit. Guna api bawah sahaja.


Mcm ni le rupanyer lepas masak...



Jemput makan.....memang sedap sgt....

27 September 2012

Daging Masak Kicap

Assalamualaikum,

Hari ni Ifa nak masak daging pulak la. Anak-anak Ifa suka makan daging terutama siabang tu la, anak sulung Ifa. Dia ratah mcm tu je...tambah2 mkn yg goreng.

Mulanya Ifa nak buat daging masak kunyit. Tp tak de kuah pulak... kang tercekik pulak hubby Ifa mkn nak buka puasa nnt. Sayur pulak goreng kering je. Jadi Ifa pun buat la daging masak kicap. 

 Ni versi mak Ifa, masa Ifa zaman kanak2 lg, mak selalu jugak masak menu ni. Tambah2 makan dgn nasi panas2...best you. Jom cuba resepi ni.





DAGING MASAK KICAP
Sumber: Masakan Dari Ibu

Bahan-bahan:
1 kilo daging - hiris nipis dan digoreng dgn kunyit dan garam
3 ulas bawang kecil - hiris
2 ulas bawang putih- hiris
1 inci halia - hiris
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - hiris bulat
1~2 biji cili hijau - potong 2
1~2 biji cili merah - potong 2
1 biji tomato bulat - potong 2 atau 4
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pala
3 biji cengkih
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
1 batang kulit kayu manis
1/2 cawan kicap manis
2 cawan air
garam secukup rasa - ifa tak letak
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu besar serbuk kari - ni Ifa tambah
3 sudu besar minyak masak


Caranya:
1. Daging tadi yang telah digoreng ketepikan dulu. (tak perlu garing sgt)
2. Tumis bahan hiris, kayu manis, buah pala, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. 
3. Kemudian masukkan serbuk kari, kacau dan bila dah naik bau terus masukkan air dan juga kicap manis. Kemudian masukkan daging tadi dan masak sehingga daging empuk dan masak sepenuhnya hingga kuah pekat sikit.
4. Kemudian masukkan air asam jawa.
5. Setelah itu masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato bulat. Kalau nak masin tambah le garam skit lg...tp kene rasa dulu ye.
6. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

"Selamat Mencuba"

Nasi Minyak Simple

Assalamualaikum,

Hidangan malam ini, Ifa nak bagi resepi nasi minyak simple. Kebetulan hari ni memang masak nasik ni pun. Ifa tak masak pun lauk utk dimakan bersama nasik ni...cuma beli ayam golden roaster kat Ayamas je tadi.
Resepi ni Ifa belajar dari bapa mertua, terima kasih bapak. Memang tak jemu makan nasi ni tambah-tambah anak-anak dan asben suka sangat nasik ni. Makan macam tu je pun sodap....Jom tengok resepi ni.





NASI MINYAK SIMPLE



Bahan-bahannya:
3 cawan beras - guna beras biasa je, kalau nak guna brasmathi pun bole
3 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair/susu tepung pun boleh
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 kuntum bunga lawang
3 biji cengkih
1 batang kayu manis (kecik je)
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
garam secukup rasa
1/2 kiub ayam (ni Ifa tambah)
bawang goreng - untuk tabur

Caranya:
1. Basuh beras dan toskan. Ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak sapi dan mentega dalam periuk nasi. (Masak atas dapur dulu)
3. Tumis bahan hiris, bunga lawang, cengkih dan kayu manis. Bila dah naik bau masukkan air dan susu cair.
4. Masukkan juga kiub ayam. Setelah itu masukkan beras. Alihkan periuk ke periuk elektrik pula.
5. Biarkan sehingga nasi masak.
6. Tabur bawang goreng diatas nasi minyak ni ye.



"Selamat Mencuba"



Tabur bawang goreng atas nasi tu...

Ni la kawan dgn nasik minyak tu...ayam golden roaster Ayamas...
Saje je nak tunjuk kotak ayamas ni...

Puding Roti

Assalamualaikum.

Puding roti ni sedap kalau makan dengan sos kastard. Berulang-ulang Ifa makan...tambah2 letak dalam peti sejuk...mmmmm, sedap...sedap ...sedap.... Ifa jumpa resepi ni kat blog HaNa's Family. Mintak halal ye Hana... Ifa paste copy je ye resepi tu...





PUDING ROTI BERKUAH KASTARD
Sumber Asal: maya_zakry (myr) & F&N (myr)
Sumber diperolehi: HaNa's Family

Bahan-bahan:
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (Ifa tak letak)
2 sudu besar Kismis - (Ifa tak letak, anak tak suka)

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
2 s/b gula


Cara-cara:
Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...