6 October 2015

Rendang Daging Balbari

Assalamualaikum.

Rezeki dapat lagi daging korban pemberian dr kwn hubby. Sedap kalau dimakan dengan nasi panas2. Lauk lain tak ada pun tak apa. Dah pernah masak disini jugak....




RENDANG DAGING BALBARI

Bahan-bahan:
500 gm daging - dipotong nipis
2 biji bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
8 tangkai cili kering - dikisar
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit asam jawa ADABI
2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Gaul daging bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk serta cili kisar.
2. Masukkan minyak dan tumis daging yang telah digaul bersama bahan-bahan tumbuk tadi dan cili kisar.
3. Kemudian masukkan air dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk. (Boleh tambah air jika daging belum empuk.
4. Setelah daging empuk, masukkan kicap, asam jawa, garam dan gula. Masak hingga kuah pekat.
5. Sedia untuk dihidangkan.


"Selamat Mencuba"





5 October 2015

Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum.

Hari ni Ifa buat pisang goreng cheese sbb pernah beli digerai yang menjual pisang goreng ni tapi pisang tu dah lembik dan tak berapa sedap. Lagipun Ifa tak suka kalau guna pisang tanduk. Ifa lagi suka kalau ada pisang abu.



Jadi disebabkan tak puas makan pisang goreng cheese ni, Ifa pun beli pisang abu dikedai. Ifa pilih pisang yang tak masak sangat. Jangan beli pisang yang ranum sangat sebab nanti pisang lembik dan cepat serap minyak. Bila dah siap masak tu, semua anak-anak suker dan mintak dibuatkan lagi...
Jom tengok resepi pisang goreng cheese ni....


PISANG GORENG CHEESE

Bahan-bahan:
1 ikat pisang abu
Tepung goreng ADABI
Sedikit garam
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Pisang abu dibelah 2 dan ketepikan.
2. Masukkan tepung goreng didalam bekas, masukkan garam dan air sedikit demi sedikit sehingga boleh dicelup dengan pisang. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
3. Goreng pisang yang telah dicelup didalam adunan tepung tadi sehingga masak dan garing.


Chocolate Ganache:
100 gm milk chocolate
120 gm whipping cream

Double boil bahan-bahan tersebut sehingga coklat cair dan sebati.

Cara penyediaan pisang cheese:
Susu pekat - masukkan didalam piping bag
Chocolate Ganache Cair - masukkan didalam piping bag
Cheese Ceddar - diparut halus

Tuangkan susu pekat, kemudian chocolate ganache diatas pisang goreng yang panas2 tadi. Kemudian taburkan parutan ceddar. Taburkan chocolate rice. Siap....


1 October 2015

Roti Arab

Assalamualaikum.

Semalam ada lebih kari daging korban, jadi hari ni Ifa buat sarapan roti arab je. Dah pernah buat disini dan disini.... Jom tengok resepi...



ROTI ARAB

Bahan-bahan ( 10 org makan )
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara:

1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2. tepung di gaul dengan yis
3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging.





30 September 2015

Kari Daging

Assalamualaikum.

Hari ni Ifa masak kari daging korban yg kami dpt masa blk kg sempena hari raya aidil adha tempuh hari. Jom tgk resepi simple versi keluarga Ifa.




KARI DAGING
Sumber: Masakan Dari Ibu

Bahan-bahan:
1 kilo daging
1 paket rempah kari - Ifa guna kari daging babas
1 sudu besar serbuk cili/cili kisar
5 biji bawang merah - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu kecil asam jawa ADABI
1 tangkai cili merah - dibelah 2
1 tangkai cili merah - dibelah 2
1 biji tomato - dibelah 2
3 biji kentang - dibelah 2 @ 4
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Rebus daging hingga empuk. (Ifa rebus dlm periuk preasure cooker selama 20 minit)
2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk halus tadi hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari bersama serbuk cili yang telah dibancuh dgn sedikit air.
4. Setelah sedikit garing, masukkan air, santan dan daging rebus tadi (masuk sekali air rebusan daging, jgn dibuang)
5. Setelah mendidih, masukkan kentang. Apabila kentang telah empuk, masukkan cili merah, cili hijau, tomato dan juga asam jawa. Biarkan mendidih dengan api perlahan.
6. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"




Double Choco Doughnut

Assalamualaikum.

 Ini kali ke-2 Ifa buat choco donut, tapi tak salut dengan kelapa kering...salut dgn vico, oreo crumb dan almond nibs je sbb anak2 tak suker kelapa kering. Jom tengok resepi yg sedap ni...



DOUBLE CHOCO DOUGHNUT
Sumber: yani@myresepi

Bahan-bahan:
1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
minyak secukupnya
kelapa kering secukupnya.


Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
3. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
4. Gorenglah sehingga masak.
5. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering.
6. Siap utk dihidang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...