30 September 2015

Kari Daging

Assalamualaikum.

Hari ni Ifa masak kari daging korban yg kami dpt masa blk kg sempena hari raya aidil adha tempuh hari. Jom tgk resepi simple versi keluarga Ifa.




KARI DAGING
Sumber: Masakan Dari Ibu

Bahan-bahan:
1 kilo daging
1 paket rempah kari - Ifa guna kari daging babas
1 sudu besar serbuk cili/cili kisar
5 biji bawang merah - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu kecil asam jawa ADABI
1 tangkai cili merah - dibelah 2
1 tangkai cili merah - dibelah 2
1 biji tomato - dibelah 2
3 biji kentang - dibelah 2 @ 4
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Rebus daging hingga empuk. (Ifa rebus dlm periuk preasure cooker selama 20 minit)
2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk halus tadi hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari bersama serbuk cili yang telah dibancuh dgn sedikit air.
4. Setelah sedikit garing, masukkan air, santan dan daging rebus tadi (masuk sekali air rebusan daging, jgn dibuang)
5. Setelah mendidih, masukkan kentang. Apabila kentang telah empuk, masukkan cili merah, cili hijau, tomato dan juga asam jawa. Biarkan mendidih dengan api perlahan.
6. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"




Double Choco Doughnut

Assalamualaikum.

 Ini kali ke-2 Ifa buat choco donut, tapi tak salut dengan kelapa kering...salut dgn vico, oreo crumb dan almond nibs je sbb anak2 tak suker kelapa kering. Jom tengok resepi yg sedap ni...



DOUBLE CHOCO DOUGHNUT
Sumber: yani@myresepi

Bahan-bahan:
1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
minyak secukupnya
kelapa kering secukupnya.


Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
3. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
4. Gorenglah sehingga masak.
5. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering.
6. Siap utk dihidang.




Steamboat

Assalamualaikum.

Buat setamboat lagi sebab nak menghabiskan bahan-bahan yang ada lg dlm peti ais.
Pernah buat kat sini.




STEAMBOAT
Sumber: Fb Resepi Masak

Bahan-bahan Kuah Tomyam:
1 ulas bawang besar - potong 4
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang serai
Pes/perencah tomyam
1 biji tomato - potong 4
Daun limau purut
Garam


Cara-cara:
1. Masukkan bawang, serai dan daun limau ke dalam periuk yang berisi air dan biar hingga mendidih.
2. Masukkan pes tomyam, tomato dan garam secukup rasa. Biar seketika dan tutup api.

Bahan Sos Cicah:
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
Sos cili
Kicap pekat manis
Sos Ikan
1 sb tepung jagung
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Cili merahdan bawang putih dikisar.
2. Masak bahan yang dikisar tadi.
3. Tambah sos cili, kicap pekat manis dan sos ikan. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan sedikit garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk pekatkan kuah.

*Untuk penyediaan bahan-bahan steamboat, rebus bahan-bahan seperti bebola ikan, ketam, tauhu keping atau apa-apa yang anda suka ke dalam kuah tomyam yang tgh mendidih.







29 September 2015

Asam Pedas Ikan Kembung

Assalamualaikum.



ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
Sumber: Masakan Dari Ibu

Bahan-bahan:
Ikan kembung - dibersihkan dan ditos
5 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah - ditumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk kasar
1/2 sudu teh jintan putih - ditumbuk kasar
3 kuntum bunga lawang
Sedikit belacan - ditumbuk halus
Daun kesum
1 batang bunga kantan
5 keping asam keping
5 cawan air
5 batang bendi
Sedikit minyak untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa




Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, bunga lawang dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
2. Bila dah naik bau, masukkan air, ikan, daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Biarkan mendidih.
3. Masukkan bendi, garam dan gula secukup rasa. Didihkan kuah sehingga ikan masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"





Biskut Royale Square

Assalamualaikum.

Resepi dari Twin Cows jugak...




ROYALE SQUARE
Sumber: Resepi Twin Cows

Bahan-bahan:
A
280g Twin Cows
100g gula kastor - boleh letak 120g 
2 sudu teh emulco coklat

B
320g tepung gandum
200g tepung jagung
50g badam halus
20g cornflakes kisar
20g serbuk koko

Hiasan
Coklat hitam (dicairkan)
Coklat putih (dicairkan)
'Sprinkle' coklat




Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah celcius.
2. Satukan semua bahan-bahan A dan pukul sehingga sebati.
3. Masukkan semua bahan-bahan B dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Canaikan doh, terapkan dan susun di dalam dulang pembakar.
5. Bakar selama 30 minit.
6. Setelah masak, hiaskan dengan lorekan coklat masakan hitam dan putih dan taburkan 'sprinkle' coklat di atasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...