29 January 2013

Roti Telur Bunga/Roti Telur Mata Kerbau

Assalamualaikum,

Sarapan paling simple sekali...hehehe. Setengah orang panggil makanan ni Benjo...ye ke? Walaupun simple je tapi sedap jugak roti telur mata kerbau ni sebab ada sekali mayonis dan sos black pepper. Sementara nak tunggu makantengahari kira kenyang jugak la pagi tu makan sarapan ni je. Anak-anak dan hubby pun suka, kira ok la tu....

Jom layan resepi kat bawah;
 

 

ROTI TELUR BUNGA / ROTI TELUR MATA KERBAU
 
Bahan-bahan:
Roti
Telur
Mentega
Mayonis
Sos Black Pepper
Sos Cili

Cara-caranya:
*Goreng je telur macam biasa, lepas tu letak atas roti yang disapu mentega dan tunag la bahan-bahan sos tadi.
 


Ni la acuan bunga yang Ifa guna...hehehe...

Asam Laksa

Assalamualaikum.

Hari ni nak tunjuk asam laksa pulak. Sebenarnya asam laksa ni Ifa dah buat masa hari minggu lepas, tetiba pulak tekak ni nak makan laksa buat sendiri. Kalau beli memang tak cukup sbb Ifa ni suka kalau ada kuah laksa banyak. Asam laksa ni memang simple sangat dan Ifa belajar dari mak Ifa. Jom tengok resepi mudah kat bawah ni;

ASAM LAKSA


Bahan-bahan:
2 kilo ikan kembung - dibersihkan dan direbus
10 biji bawang putih - ditumbuk
5 - 8 sudu besar cili kisar
1 inci belacan - ditumbuk
2 kuntum bunga kantan
Daun kesum
Asam keping 5 - 8 keping
Garam dan perasa

Hiasan:
Cili merah
Timun
Bawang besar
Limau kasturi

Cara-cara:
1. Rebus ikan kembung dan simpan air rebusan.
2. Asingkan isi dan tulang ikan. Tumbuk isi ikan dan asingkan. - Ifa blend je.
3. Kemudian blend tulang ikan dan tapis ambil air sahaja.
4. Dalam periuk air rebusan ikan tadi, masukkan bawang, belacan yang telah ditumbuk tadi beserta dengan cili kisar. Kemudian masukkan isi ikan tumbuk dan air tulang yg telah ditapis tadi.
5. Biarkan mendidih dan masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Masukkan garam dan perasa. Biarkan mendidih lagi.
6. Hidangkan bersama laksa yang telah direbus dan tabur hiasan diatasnya.

"SELAMAT MENCUBA"




24 January 2013

Sup Ikan Merah

 Assalamualaikum.

Ni menu petang semalam, memang dah rancang nak masak sup kepala ikan merah ni. Lepas je solat subuh tu hubby dah pergi kedai dekat rumah tu je beli ikan ni. Kedai makcik tu satu je yg buka awal pagi... lgpun suka beli kat situ sbb ikan dia fresh, sbb makcik tu pergi pasar borong seawal 4 pagi.

Ni memang menu peberet hubby la... suka sgt la dia mkn sup kepala ikan merah ni. Kalau anak-anak Ifa kurang pulak, cuma ambil kuahnyer saja, tp mkn dgn ikan merah goreng kunyit je la....pun sedap kalau ikan merah ni digoreng saje....goreng pun sodap.


SUP KEPALA IKAN MERAH

Bahan-bahan:
Kepala Ikan Merah - dicuci bersih dan ketepikan dulu.

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 bungkus sup bunjut ikan ADABI
5 cawan air
Daun sup 1 tangkai - dihiris halus
Bawang goreng - untuk tabur
3 sudu minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk tadi serta sup bunjut ikan.
3. Setelah agak kekuning-kuningan dan naik bau, masukkan air dan kepala ikan merah.
4. Biarkan mendidih hingga masak dan masukkan garam dan perasa.
5. Setelah ikan masak, masukkan daun sup dan biarkan mendidih sekejap, tutup api.
6. Hidangkan bersama bawang goreng.

"SELAMAT MENCUBA"



Telur Rebus Sambal Tumis

 Assalamualaikum.

Hari ni nak masak 1 jenis lauk je. Sbb tetiba je teringin nak mkn telur sambal lagi. Hubby Ifa dgn anak-anak pun tak kisah sbb diorg pun suke sgt2 telur sambal ni. 
Resepi ni Ifa dah pernah buat jadi boleh la korang tgk kat sini ye.
Selamat memasak.....










21 January 2013

Rendang Daging Balbari

Assalamualaikum.

Ini menu hari sabtu lepas, baru nak post kat sini. Pernah dengar tak nama masakan  ni? Pelik je kan...tak pasti la kenapa namanyer mcm tu. Menu ni Ifa belajar dari Allahyarhamah ibu mertua Ifa. Kalau je ada lauk ni mesti bertambah-tambah punye la. Bagi Ifa menu ni memang sedap dan yang paling penting hubby dan semua anak-anak Ifa suka.
Jom tengok resepi kat bawah ni.

RENDANG DAGING BALBARI


Bahan-bahan:
500 gm daging - dipotong nipis
2 biji bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
8 tangkai cili kering - dikisar
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit asam jawa ADABI
2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Gaul daging bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk serta cili kisar.
2. Masukkan minyak dan tumis daging yang telah digaul bersama bahan-bahan tumbuk tadi dan cili kisar.
3. Kemudian masukkan air dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk. (Boleh tambah air jika daging belum empuk.
4. Setelah daging empuk, masukkan kicap, asam jawa, garam dan gula. Masak hingga kuah pekat.
5. Sedia untuk dihidangkan.


"Selamat Mencuba"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...