17 October 2012

Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum,

Kali ni Ifa nak tunjuk brownies yang Ifa buat. Rasanya dah banyak kali buat ni sebab brownies ni memang sedap sangat. Tak jemu makan...tp jgn over pulak mkn ...takut naik pulak kg nnt...hehehehe. Ifa jumpa brownies mabeles ni di rinnchan fotopages. Kat situ siap tunjuk step by step lagi...senang sgt nak buat kalau ada mcm tu kan. 
Ifa copy paste je resepi tu...minta halal pada yang empunye resepi tu ye. Jom tengok resepi tu....






MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber diperolehi: Rinnchan Fotopages

Bahan-bahan:
250g butter
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proff paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.
Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak.
Biarkan sejuk sebelum dipotong.
 

11 October 2012

Tauhu Sumbat Dengan Kuah Cili Berkacang

Assalamualaikum,

Hari ni Ifa nak makan tauhu sumbat pulak. Sebelum ni dah banyak kali jugak buat tapi Ifa makan dengan sos cili berkuah je. Tapi bila terjumpa tauhu sumbat berkuah kacang ni rasa macam tak sabar nak cuba. Tengok kuah kacang tu macam sedap je. tapi bila dah siap...makan...memang betul la...sedap makan dgn kuah kacang tu. 

Ifa jumpa resepi ni di blog Potret Kasih. Minta halal resepi ni ye...






TAUHU SUMBAT
Sumber diperolehi: Potret Kasih
Bahan-bahan:
6-8 biji tauhu segar
1 batang timun ( potong memanjang)
1 batang karot ( potong nipis memanjang ) – saya tak letak, tak ada (Ifa tak letak)
100 g taugeh ( anggaran je) – di celur sebentar (Ifa tak letak)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Goreng Tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar.
2. Tauhu di potong 2, belah tengahnya kemudian sumbat dengan sayur-sayuran tadi.
3. Hidangkan dengan sos cili berkacang.


SOS CILI BERKACANG
Bahan-bahan:
2 sudu besar cili kering kisar

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar gula pasir@ 3 sudu besar gula merah

1 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
2 sudu besar kacang tumbuk’
2-3  sudu makan cuka

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dalam periuk dan masak hingga pekat sedikit,

2. Sesuaikan rasa manis, masin dan masamnya. Boleh tambah jika kurang.

3. Semasa menghidang taburkan dengan kacang tumbuk.





10 October 2012

Kurma Daging

Assalamualaikum,

Kurma Daging ni dah lama Ifa buat, masa makan2 hari raya puasa tu....tapi saja nak tunjuk resepi kat sini. Resepi ni memang sedap sebab guna cara tumis darat. Apa saja masakan yang menggunakan cara tumis darat ni memang sedap la. Mintak halal pada tuanpunyer resepi ye, Ifa copy paste je ye.

 Jom tengok resepi tu...


KURMA DAGING
Sumber diperolehi: spicesjourney

Bahan-bahan:
Daging lembu 1kg ~ saya suka ptg besar dlm 3 jari camtu
Rempah Kurma 3 sudu besar
1 sudu besar Rempah Soto Serbaguna Tok Mak ~ jika ada
*Bawang Besar 1 biji
*Bawang Merah 3 biji
*Bawang Putih 2 ulas
*Halia 1 inci
*Lada hitam 1 sudu besar ~ ditumbuk kasar
Susu ideal 1/2 tin ~ 200g
1 sudu besar Jus Limau Nipis atau Lemon
2 biji ubi kentang ~ dibelah 2
1 biji bawang besar ~ dibelah 2
Sedikit Carrot dipotong kasar
2 btg Cili hijau n Cili Merah ~ dibelah 2
Beberapa tangkai Cilipadi ~ jika suka
1 biji tomato
Air secukupnya
** Tumbuk semua bahan bertanda (*)

Cara-cara:
Rebus daging bersama rempah kurma, rempah soto serbaguna Tok Mak dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Setelah empuk masukkan pula ubi kentang. Bila kentang pun dah empuk, kecilkan sedikit api adan masukkan carrot, susu ideal, bawang besar dibelah, cili padi, cili hijau dan merah. Air Jangan banyak sangat, nanti kuah cair, kurengg... Bila dah mendidih dan masak masukkan jus limau atau lemon tadi. Tutup api dulu.

UNTUK TUMIS DARAT
6-8 ulas Bawang merah ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ dihiris halus
Sedikit Kulit Kayu Manis n Bunga Lawang ~ klu suka
Sedikit daun kari
Setengah cawan Minyak Jagung + 1 sudu Minyak Sapi

Goreng bawang merah dan putih yang dihirs tadi hingga berwarna keprangan bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari. Kemudian tuang bawang dan semua yang digoreng tadi dengan minyak tu sekali ke dalam periuk kuah kurma tadi dan tutup supaya bau dia tak keluar. Siaplah sudah Kurma Daging tu. Resepi Kurma ni memang dari Mak saya sendiri. Bagi kami nilah cara masak kurma yang paling kami suka, cara tumis darat ni. Lebih wangi dan lebih berperisa. Kalau nak tau keenakannya resepi dari bonda saya ni, kenalah cuba yer.. Selamat Mencuba..

Ayam Panggang Madu

Assalamualaikum,

Ayam panggang ni sedap jugak la. Asyik makan yang goreng2 je, nak jugak ayam panggang...tak de la banyak minyak. Makan banyak minyak ni tak baik utk kesihatan kan. 



Lepas tu Ifa masak nasi minyak utk digandingkan dengan ayam panggang madu ni, buat sup paling ringkas jugak. Jom kita tengok resepi dari cikmanggis myr.




AYAM PANGGANG MADU
Sumber diperolehi: cikmanggis myr

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam bersihkan, jangan dibuang kulitnya.
5 cm halia
4 ulas bawang putih
garam dan gula melaka sedikit lada hitam
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam
3 sudu besar kicap pekat
Bahan untuk perap:
5 cm halia dan 2 ulas bawang putih serta garam

Cara-cara:
1. Tumbuk halia dan bawang putih serta garam, lumurkan pada ayam, biarkan sebentar.
2. Sementara itu siapkan bahan-bahan untuk disapukan pada ayam nanti...bumbunya.
3. Tumbuk halia dan bawang putih sampai lumat dan masukkan sos tiram, lada hitam, gula melaka, kicap pekat, madu dan pati ayam. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan ayam dalam ketuhar dengan kepanasan 190 darjah celcius, bakar sehingga masak, tapi jangan sampai kekuningan.
5. Apabila masak, keluarkan ayam, lumurkan dgn bumbunya tadi, masukkan dalam ketuhar kembali, bakar selama 5 minit. Harus berhati-hati kerana pada tahap ini, ayam cepat hangus.
6. Keluarkan ayam sekali lagi, terbalikkan, sapu bumbu selebihnya pada bahagian bawah ayam tadi, bakar lagi sehingga ayam berwarna keemasan. Siap untuk dihidang.

* Untuk nasi minyak resepi di SINI.


Sebelum Panggang

Selepas Panggang

5 October 2012

Ikan Cencaru Sumbat

Assalamualaikum,

Hari ni Ifa masak simple sgt2. Cuma ikan cencaru sumbat dan sayur kobis masak kicap je. Ada sesetengah org panggil ikan ni ikan jaket. Sbb apa panggil ikan jaket ye? Mungkin sbb kulit ikan ni keras kot... jaket tu keras mcm kulit ikan ni ke???...huhuhuh...apa2 je lah.
Ifa cuma nak kongsi masak ikan cencaru sumbat ni je.....resepi dari mak Ifa. Tp kalau Ifa masak lauk ni...anak-anak mesti makan ikan saje...sambal tu diaorg buang... sabo je la. Tak pe...blum reti lg nak mkn tu.
Jom tengok resepi tu...


IKAN CENCARU SUMBAT
Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru - dibelah belakang (tp ikan ni tak belah belakang pun...lupa..hehehe)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
5 biji cili padi
segenggam kelapa parut
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit gula
2 sudu besar air limau nipis

Cara membuatnya:
1. Bersihkan ikan cencaru dan toskan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan belacan.
3. Kemudian tumbuk sekali kelapa parut.
4. Masukkan dalam bekas dan gaul bahan-bahan tumbuk tadi dengan garam dan perahan air limau nipis.
5. Ikan tadi dilumur garam terlebih dahulu. 
6. Kemudian masukkan bahan-bahan tumbuk tadi di bahagian belakang ikan cencaru tersebut. Tutup rapat ikan cencaru tu untuk elakkan sambal terkeluar semasa menggoreng nanti.
7. Panaskan minyak dan goreng hingga masak atau pun garing.
8. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...