16 December 2013

Ais Krim Homemade

Assalamualaikum.





AIS KRIM HOMEMADE
Sumber: Tak Ingat Ambil Dari Mana

Bahan-bahan:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 tin air masak
2 sudu besar ovalette
perisa kegemaran




Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali perisa ke dalam mixer dan pukul dengan kelajuan paling maksima sehingga 2 kali ganda atau pekat dan gebu.
2. Masukkan perisa dan pukul lagi.
3. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan semalaman.






12 December 2013

Kek Coklat

Assalamualaikum.

Resepi kek coklat ni Ifa belajar dari kawan sekolah Ifa masa form 6. Masa tu ada aktiviti selepas sekolah, buat dalam bilik masakan. Kek ni memang sedap tambahan guna serbuk koko van hauten. Tapi kek ni jenis kering, bukan mcm kek lembab tu ye. Jom cuba resepi ni.




KEK COKLAT
Sumber: Yani -Rakan Sekolah Ifa
Bahan-bahan:
5 biji telur
250 gm mentega
1 3/4 cawan gula halus
2 3/4 cawan tepung gandum (ayak 4x)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan serbuk koko van hauten
3 sudu besar nescafe
1 cawan air sejuk




Cara-cara:
1. Pukul telur hingga kembang dan putih.
2. Mentega, esen vanila dan gula halus dipukul hingga menjadi seakan-akan putih.
3. Campurkan bahan 1 dan 2 dan putar lagi hingga sebati.
4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, nescafe dan serbuk koko (4 x).
5. Campurkan semua bahan kering diatas dan kacau sebati.
6. Masukkan air suamke dalam adunan, kacau.
7. Bakar selama 45 minit pada suhu 170 darjah celcius.


Bahan untuk coklat cair:
1/2 cawan minyak masak (mazola)
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan susu pekat
1 sudu nescafe
2 sudu besar serbuk koko van hauten

Campurkan semua bahan diatas dan masak diatas api perlahan hingga pekat sedikit.




Spagetti

Assalamualaikum.

Pernah buat di sini.



SPAGETTI
Sumber: Kak Gee (Kawan Ifa masa ofis lama)

Bahan-Bahan:
400 gm daging kisar - dibersihkan dan ditos
2 tin sos prego tradisional
1 tin cendawan - dihiris
1 tin kecil tomato puree
1 biji cili benggala hijau - dipotong dadu
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil basil leaf
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan masukkan cili kisar.
2. Masukkan air, sos prego, tomato puree serta daging kisar. Didihkan sehingga daging empuk. Kalau air nak kering tambah lg 1 cawan.
3. Setelah daging empuk, masukkan cendawan, cili benggala, oregano dan basil leaf.
4. Masukkan garam. Didihkan sebentar.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama mee spegetti.

*Rebus mee spagetti bersama 1 sudu minyak masak + 1 sudu kecil garam




4 December 2013

Roti Arab

Assalamualaikum.

Pernah buat di sini.


ROTI ARAB

Bahan-bahan ( 10 org makan )
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara:
1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2. tepung di gaul dengan yis
3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging.





22 November 2013

Risoles@Dadar Gulung Berlauk Rangup

Assalamualaikum.



RISOLES
Sumber: Dapur Mamasya


Inti Kentang 
Bahan-bahan inti : 
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit potong kotak 
1 biji bawang besar, dicincang 
2 biji bawang putih, dicincang 
1 sb serbuk kari - jadikan pes dg campurkan dg air
 5 tbs daging cincang - guna 3 kpg daging burger 
karot - 1/2 cawan karot potong kotak (nak mudah guna yg mix vegie punya) 
Garam secukup rasa 
Sedikit minyak masak utk menumis 

Cara-cara: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan pes kari. Kacau seketika. 
2. Masukkan daging dan karot. Masak sehingga air daging kering . Perasakan dengan sedikit garam. 
3. Masukkan kentang. Gaul rata semua dan sehingga daging masak. tutup api. 

Kulit Risoles 
Sumber; Chik Mimi@qasehmu-abadi.blogspot 

Untuk Kulit /Dadar Risoles- dapat 25 kpg 
2 cwn Tepung gandung 
3cwn ~airboleh gantikan dengan santan @ susu cair 
secubit garam 
sebiji telur 
minyak utk mengoreng 
Untuk salutan 1 biji telur breadcrumb secukupnya 

caranya masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.adunan jangan terlalu cair @ pekat.panaskan nonstik pan masukkan 1 senduk adunan buat dadar sehingga nipis,ulang sehingga habis ketepikan. Ambil sehelai kulit @ dadarnya,masukkan inti gulung macam ketayap buat sehingga habis.Telur di pukul sebati,celupkan dadar yg telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb .Panaskan minyak goreng keemasan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...