15 January 2013

Bubur Ayam

Assalamualaikum.

Menu ni semalam punyer...Ifa rasa macam tak nak makan nasik...jadi Ifa bercadang nak makan bubur je. Memang simple sgt2 bubur ayam ni... tp tak pe pun sbb bubur ni sedap jugak. Tambah2 Ifa mkn dgn ikan masin goreng....mmmmm...tambah2 pulak makan.
Anak Ifa sikecik tu...Hakim pun bertambah-tambah makan bubur ni sbb dia la paling suka sgt kalau Ifa masak bubur ayam ni.
Jom tengok resepi tu.


BUBUR AYAM

Bahan-bahan:
1 cawan beras - masukkan air setengah periuk dan masak mcm biasa atas dapur.
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1 inci halia - dihiris nipis
1/2 cawan isi ayam - dicincang
1/2 kiub ayam
1 batang daun sup - dipatah-patahkan saje
garam secukup rasa
bawang goreng & ayam goreng diracik halus - utk tabur atas bubur

Cara-caranya:
1. Masak bubur nasi hingga kembang, kemudian masukkan isi ayam. Didihkan lagi.
2. Masukkan bawang putih, halia, dan kiub ayam. Kacau rata.
3. Masukkan garam secukup rasa dan juga daun sup
4. Dah masak tutup api dan hidangkan dengan taburan bawang goreng serta ayam goreng yang telah diracik halus.

"SELAMAT MENCUBA"



14 January 2013

Sup Ayam

Assalamualaikum.

Macam biasa la ye...kalau dah sampai rumah lambat tu, teringat je nak buat menu yg simple2 je...cepat siap..hehehe. Ifa dah pernah masak sup ayam ni, boleh tengok kat sini 



SUP AYAM SIMPLE

Bahan-bahan:
5 ketul ayam
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
sedikit kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pala
2 biji cengkih
1 batang daun sup - hiris halus
3 cawan air
1 biji kentang - jika suka
garam secukup rasa
1/2 kiub ayam
1 hiris limau nipis

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan hiris bersama rempah kering.
2. Bila dah naik bau masukkan air dan juga ayam.
3. Didihkan hingga ayam masak, masukkan garam dan kiub ayam.
4. Kemudian masukkan kentang, bila dah empuk baru masukkan daun sup. Tutup api.
5. Perahkan limau nipis. Siap....

"Selamat Mencuba"


Tabur dengan bawang goreng, sedap...

Berasap2 lagi sup ayam ni....

Ayam Masak Merah

Assalamualaikum.

Nak masak ayam masak mmerah lagi...permintaan dr anak bujang Ifa. Sian pulak kalau tak buatkan sbb dah 2 hari dia mintak suruh masakkan. Resepi ni Ifa dah pernah buat di sini. 
Jom tengok resepi tu lagi ye....





AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:
** Untuk cili kisar
21 biji cili kering - dipotong, buang biji dan direndam
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
sedikit belacan
** blend semua bahan diatas.

Daging Ayam - gaul dengan garam dan serbuk kunyit, goreng jgn garing sgt
Cili kisar (yg diatas tadi)
1 sudu kecil asam jawa - Ifa guna ADABI
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar hingga pecah minyak atau masak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa.
3. Masukkan ayam goreng tadi, masak hingga kuah agak pekat sedikit.
4. Masukkan garam dan gula. Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"





Nasi Goreng Ikan Bilis

Assalamualaikum.

Buat lagi nasi goreng ni. Tapi kali ni Ifa tak letak cili kisar...tp letak cili padi. Nasi tu tak nampak merah sbb Ifa guna cili padi hijau. Letak skit je, kalau byk2 nnt sah2 anak Ifa sikecik tu tak makan.
Ifa dah pernah buat nasi goreng ni. Cari kat sini ye...

11 January 2013

Kek Lapis Asam Manis

Assalamualaikum.

Rasa tak sabar2 dah nak cuba buat kek lapis asam manis ni. Macam-macam jugak Ifa jumpa resepi ni...ada versi kukus dan bakar. tapi Ifa tertarik dgn resepi bakar ni sbb Ifa ni memang malas sgt kalau part kukus mengukus ni, rasa bakar lagi mudah.

Tengok pada kek lapis asam manis dayang jack tu mengancam sungguh sbb kalerpul, tapi malas dtg pulak dalam part kaler2 ni, jadi Ifa buat versi plain je a.k.a versi malas...hehehe... 

Jom tgk resepi yg sedap sgt2 ni....copy paste je...minta halal tuan punyer resepi ye...





KEK LAPIS ASAM MANIS
Sumber diperolehi: DayangJack@DapurKuSayang



Bahan-bahan:
loyang 8" x 8" atau 9" x 9" - Ifa guna 8" x 8"


10 biji telur A
200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
450 g mentega berkualiti
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
150 g gula kastor
300 g susu pekat manis
haw slice/ hawflake secukupnya
pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)

Cara-caranya:
Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)


Nota :***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.***sukatan gula mengikut citarasa

***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya

***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.



Adunan kek lapis siap utk dibakar.


Susun asam manis atas kek yg telah dibakar selapis tadi.


Tambahkan adunan kek lapis dan ratakan.


Bakar semula...buat proses ini hingga habis.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...