11 February 2015

Nutella Orange Marble Butter Cake

Assalamualaikum.

Resepi yang sama dari resepi plain butter cake cuma Ifa tambah perisa oren dan nutella. Hasilnya memang tak cukup 1 slice la....





NUTELLA ORANGE MARBLE BUTTER CAKE
Resepi asal : Bebop
Sumber: MakLang


Bahan A
250g butter
200g gula
210g tepung gandum } mklang guna self raising flour Ifa guna self raising flour
1st baking powder }

Bahan B
5 biji telur


*Ifa tambah 1 sdt esen vanila, 1 sdt orange paste dan 2 sudu besar susu full cream.


* Buat corak marble dengan menggunakan nutella.

Cara:
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4-5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160 C selama 50-6- minit atau uji dengan lidi dengan cucuk di bhg tengah kek. Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...