23 May 2014

Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum.
Hari ni IFa masak sotong goreng kunyit lagi. Resepi ni Ifa pernah buat di sini.




SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-Bahan:
1kilo sotong - dibersihkan, dan ditos.
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia -hiris
2 sudu besar cili kisar
1/4 air air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sedikit gula
Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1. Masukkan sotong ke dalam kuali dan masukkan serbuk kunyit serta garam.
2. Biarkan sotong didalam kuali sehingga air sotong seakan-akan nak kering airnya. (Mak ifa kata untuk kecutkan sotong sbb sotongkan banyak air)
3. Setelah itu angkat sotong didalam bekas lain dan masukkan minyak masak ke dalam kuali tadi. 
4. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi. Tumis hingga naik bau. Masukkan juga cili kisar.
5. Setelah sedikit garing, masukkan sotong yang telah dikecutkan tadi ke dalam kuali. Kacau rata.
6. Masukkan air asam jawa dan gula.
7. Sedia untuk dihidangkan.
"SELAMAT MENCUBA"



22 May 2014

Ikan Masak Acar

Assalamualaikum.

Ifa pernah buat di sini.


IKAN MASAK ACAR

Bahan-bahan:
Ikan kembung bulat atau apa2 je - digoreng dulu
1 biji cili merah - belah 2
2 biji cili hijau - belah 2
1 biji bawang besar - potong 4
3 ulas bawang putih - hiris
2 biji bawang merah - hiris
1 inci halia
Timun - potong mcm buat acar (jangan buang kulit)
2 sudu besar cuka
Sedikit biji sawi
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air 2 cawan
Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau.
2. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan, timun, cuka dan air asam jawa. Didihkan sebentar.
4. Masukkan cili merah, cili hijau, bawang besar dan biji sawi.
5. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"


Tauhu Sumbat

Assalamualaikum.

Ifa dah pernah buat di sini.



TAUHU SUMBAT
Sumber diperolehi: Potret Kasih
Bahan-bahan:
6-8 biji tauhu segar
1 batang timun ( potong memanjang)
1 batang karot ( potong nipis memanjang ) – saya tak letak, tak ada (Ifa tak letak)
100 g taugeh ( anggaran je) – di celur sebentar (Ifa tak letak)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Goreng Tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar.
2. Tauhu di potong 2, belah tengahnya kemudian sumbat dengan sayur-sayuran tadi.
3. Hidangkan dengan sos cili berkacang.


SOS CILI BERKACANG
Bahan-bahan:
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula pasir@ 3 sudu besar gula merah
1 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
2 sudu besar kacang tumbuk’

2-3  sudu makan cuka
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dalam periuk dan masak hingga pekat sedikit.
2. Sesuaikan rasa manis, masin dan masamnya. Boleh tambah jika kurang.
3. Semasa menghidang taburkan dengan kacang tumbuk.








15 May 2014

Donut

Assalamualaikum.

Dah banyak kali buat donut ni sebab suker dgn resepi ni. Donut yg sangat lembut dan tak keras walaupun dah sejuk. Kali ni Ifa buat letak gula saja.





DONUT
Sumber diperolehi: Hasue myr

Bahan-bahan:
500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin / Mentega
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung) 

Cara-caranya:
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng. 
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur) 
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^  

14 May 2014

Acar Nenas

Assalamualaikum.




ACAR NENAS
Sumber: Masakan Dari Ibu

Bahan-bahan:
1 biji nenas-dibuang kulit dan dipotong kecil2
2 biji timun - dibuang kulit dan dihiris nipis
1 biji cili merah - dihirs
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
sedikit garam
1 sudu kecil biji sawi - jika suka

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan gaul sebati.


Ayam Masak Tomato

Assalamualaikum.




AYAM MASAK TOMATO

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - digoreng separuh masak
1 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1 batang serai - dititik
3 sudu besar cili kisar
1/2 botol kecil sos cili
1/3 cawan sos tomato
1 biji bawang besar - dihiris bulat 
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1. Kisar bahan-bahan bertanda * hingga hancur.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar, serai dan juga cili kisar di dalam kuali.
3. Setelah naik bau, masukkan air, sos cili, sos tomato serta ayam yang telah digoreng.
4. Masukkan juga garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan bawang yang telah dihirs bulat tadi. Setelah masak sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"



Nasi Mentega Kismis

Assalamualaikum.

Resepi ni Ifa ambil dari blog Mat Gebu. Sedap nasi ni... Pernah masak di sini.

Nasi mentega kismis ni sedap dimakan bersama ayam masak tomato dan acar nenas. Resepi ayam di sini dan acar di sini.




NASI MENTEGA KISMIS

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, 
ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawangHirisan daun supBawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..






7 May 2014

Congo Bar

Assalamualaikum.




CONGO BAR
Sumber: Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan


BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
220 gram gula perang (resipi asal 280 gram)
3 biji telur gred A
315 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
1/2 camca teh garam (che mat guna 1/4 saja, sebab guna mentega jenis salted)
1 camca teh esen vanilla
1 cawan coklat chip (atau ikut suka)
1 cawan flakes almond (atau ikut suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin atau loyang kek berukuran 10 inci x 10 inci dengan mentega dan alas kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula perang dan garam hingga berkrim, tak perlu sampai kembang sangat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  3. Tambah esen vanilla, 1/3 bahagian coklat chip dan 1/3 bahagian flakes almond. ke dalam adunan. Gaul rata dengan spatula. Tuang ke dalam tin pembakar dan ratakan. Tabur baki coklat chip dan flakes almond atasnya. Bakar 30 minit atau hingga masak. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...