23 July 2013

Ayam Masak Rempah Biji / Ketumbar

Assalamualaikum.

Hari ni Ifa masak rempah biji atau setengah orang panggil ketumbar. Tapi masa Ifa kanak-kanak lagi mak selalu sebut masak rempah biji. Ni masakan kegemaran ayah Ifa. Jom tengok resepi ni yang Ifa belajar dari mak Ifa sendiri.


AYAM MASAK REMPAH BIJI/KETUMBAR

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - digoreng separuh masak
*10 tangkai cili kering - direndam dalam air
*5 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*2 genggam rempah biji - direndam dalam air
1/4 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak untuk menumis





Cara-cara:
1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * hingga hancur. (masukkan sedikit air)
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga garing.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati.
5. Sedia untuk dihidangkan.




Inilah rupa rempah biji/ketumbar

19 May 2013

Sayur Peria

Assalamualaikum.




SAYUR PERIA

Bahan-bahan:
1 batang peria - digaul dengan garam dan dibiarkan sekejap utk hilangkan rasa pahit
3 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
1 biji cili merah *
2 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

*dihiris

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dihirs.
2. Pecahkan telur di dalam kuali tadi. Kacau sebati.
3. Masukkan peria dan sedikit garam serta gula.
4. Setelah masak, sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"





Kuah Masam @ Singgang Ikan

Assalamualaikum.

Lauk kegemaran ayah Ifa sampaikan mak Ifa panaskan sampai 2 hari pun ayah suka jugak makan sebab makin lama kuah tu makin pekat dan lagi bertambah sedap. Goreng pulak ikan masin dan nasi panas2...pheww..memang bertambah-tambah nasi la.....




KUAH MASAM @ SINGGANG IKAN
Sumber: Masakan Dari Ibu


Bahan-bahan:
5 ekor ikan - dibersihkan dan ditos
5 biji bawang merah *
5 tangkai cili kering *
Belacan sebesar ibu jari *
1 batang serai - dititik/diketuk
Asam keping 5 - 7 keping
Air 3 cawan
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda * .
2. Masukkan air, bahan tumbuk, serai, asam keping dan garam. Didihkan hingga masak.
3. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"


13 May 2013

Mee Goreng

Assalamualaikum.



MEE GORENG
Sumber: Masakan Dari Ibu



Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning - dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
sejemput ikan bilis/udang kering - kisar halus
3 sudu besar cili kisar
3 biji telur
3 keping fish cake - hiris nipis dan digoreng dulu
3 sudu makan kicap masin
Sayur sawi
Minyak untuk tumis


Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi iaitu bawang merah dan bawang putih. 
2. Kemudian masukkan cili kisar, dan seterusnya ikan bilis kisar.
3. Kemudian masukkan 3 biji telur dan gaul sebati.
4. Masukkan pula mee kuning tadi, masukkan juga kicap dan perasa. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan fish cake goreng. Kacau sebati.
6. Taburkan bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.


"Selamat Mencuba"



11 May 2013

Ayam Goreng Tepung Magik

Assalamualaikum,

Pernah jumpa tak dengan tepung magik ni? Dah ramai sangat yang kata sedap jadi Ifa pun beli la 1 nak mencuba. Memang sedap dan rangup je tepung ni. Tak rugi beli... Cara masak tu ada kat plastik tepung magik tu ye.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...