19 May 2013

Sayur Peria

Assalamualaikum.




SAYUR PERIA

Bahan-bahan:
1 batang peria - digaul dengan garam dan dibiarkan sekejap utk hilangkan rasa pahit
3 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
1 biji cili merah *
2 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

*dihiris

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dihirs.
2. Pecahkan telur di dalam kuali tadi. Kacau sebati.
3. Masukkan peria dan sedikit garam serta gula.
4. Setelah masak, sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"





Kuah Masam @ Singgang Ikan

Assalamualaikum.

Lauk kegemaran ayah Ifa sampaikan mak Ifa panaskan sampai 2 hari pun ayah suka jugak makan sebab makin lama kuah tu makin pekat dan lagi bertambah sedap. Goreng pulak ikan masin dan nasi panas2...pheww..memang bertambah-tambah nasi la.....




KUAH MASAM @ SINGGANG IKAN
Sumber: Masakan Dari Ibu


Bahan-bahan:
5 ekor ikan - dibersihkan dan ditos
5 biji bawang merah *
5 tangkai cili kering *
Belacan sebesar ibu jari *
1 batang serai - dititik/diketuk
Asam keping 5 - 7 keping
Air 3 cawan
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda * .
2. Masukkan air, bahan tumbuk, serai, asam keping dan garam. Didihkan hingga masak.
3. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"


13 May 2013

Mee Goreng

Assalamualaikum.



MEE GORENG
Sumber: Masakan Dari Ibu



Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning - dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
sejemput ikan bilis/udang kering - kisar halus
3 sudu besar cili kisar
3 biji telur
3 keping fish cake - hiris nipis dan digoreng dulu
3 sudu makan kicap masin
Sayur sawi
Minyak untuk tumis


Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi iaitu bawang merah dan bawang putih. 
2. Kemudian masukkan cili kisar, dan seterusnya ikan bilis kisar.
3. Kemudian masukkan 3 biji telur dan gaul sebati.
4. Masukkan pula mee kuning tadi, masukkan juga kicap dan perasa. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan fish cake goreng. Kacau sebati.
6. Taburkan bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.


"Selamat Mencuba"



11 May 2013

Ayam Goreng Tepung Magik

Assalamualaikum,

Pernah jumpa tak dengan tepung magik ni? Dah ramai sangat yang kata sedap jadi Ifa pun beli la 1 nak mencuba. Memang sedap dan rangup je tepung ni. Tak rugi beli... Cara masak tu ada kat plastik tepung magik tu ye.



10 May 2013

Nasi Lemak Pandan Lagi...

Assalamualaikum,

Dah banyak kali Ifa masak nasi lemak pandan ni. Memang sedap dan lemak je.




NASI LEMAK PANDAN

Bahan-bahan:
Untuk Nasi
3 cawan beras
1 inci halia - ditumbuk kasar atau hiris kasar
Sedikit Halba
1 1/2 cawan air pandan - dari 5 helai daun pandan
2 cawan santan 
Sedikit garam
2 titik pewarna hijau - jika suka

Cara-cara:
Basuh beras dan masukkan semua bahan-bahan diatas. Masak di dalam periuk elektrik.



Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis
5 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah - dikisar
sedikit belacan - dikisar 
1 biji bawang besar - dihiris separuh bulat
Air asam jawa
Gula - ikut kemanisan masing2
Garam
Ikan bilis goreng

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar dan bahan kisar hingga pecah minyak atau garing.
2. Masukkan air asam jawa dan bawang besar.
3. Masukkan garam, gula dan ikan bilis goreng. Didihkan sebentar. Tutup api.
4. Hidangkan bersama nasi lemak pandan, ikan bilis goreng, timun dan telur rebus.

"Selamat Mencuba"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...