29 September 2015

Donut lagi dan lagi...hehehe....

Assalamualaikum.

Tak jemu2 buat donut ni...permintaan dari anak-anak mintak buatkan lagi... Tapi nak salut coklat je...



DONUT
Sumber diperolehi: Hasue myr

Bahan-bahan:
500g Tepung Berprotein Tinggi / Tepung gandum
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin / Mentega
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung) 

Cara-caranya:
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng. 
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur) 
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^  

Pau Sambal Malaysia

 Assalamualaikum.



PAU SAMBAL MALAYSIA
Sumber: Fb Kerja Dari Rumah

Bahan-bahan:
2 cawan (256g) tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu nesar majerin atau shortening
1 1/2 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu besar gula halus
180ml air suam

Cara-cara:
1. Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml.
2. Kacau larut bersama sedikit gula halus dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dipermukaan.
3. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. 4. Kemudian masukkan majerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
5. Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
6. Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
7. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
8. Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda m,ahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
9. Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper, cuma tekan sedikit sahaja.
10. Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke 2 selama 30 - 35 minit.
11. Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
12. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah ditengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.





*Tips:
Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan didalam kuali supaya doh tidak melekat ditangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat.








28 September 2015

Bubur Ayam

Assalamualaikum.



BUBUR AYAM
Sumber: Hairul.com / Kak Raja

Bahan-bahan:
1 cawan beras
Air yang banyak
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 keping dada ayam (carik2, jangan potong)
3 sudu besar bawang goreng
1 sup bunjut
1 biji kentang
1 kiub ayam
Garam
1 sudu teh kicap
Daun bawang & bawang goreng

Cara-cara:
1. Masak beras dengan air yang banyak. Masukkan sekali bunjut, halia, bawang putih.
2. Bila beras dah betul-betul kembang, masuk ayam, bawang goreng dan kentang (kentang dipotong dadu)
3. Biar dalam periuk sampai pekat dan kentang dah lembut.
4. Letak kiub ayam, kicap dan tambah air.
5. Jika beras dah nampak cantik dan kembang boleh la dihidang. Tabur daun bawang dan tambahan bawang goreng. Tabur sikit carikan daging ayam.





24 September 2015

Laksa Asam Ikan Sardin

Assalamualaikum.

Boleh tengok kat sini jugak...



LAKSA ASAM IKAN SARDIN TIN 20 MINIT 
Resepi by: Nor Sue Ella
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

**ada bahan2 mmg cepat siap

Bahan2
1 peket laksa kering d rendam 1jam dn rebus hingga empok dan toskan (MaDiHaA buat laksa sendiri.. resepi kat SINI )
secekak daun kesum

2 kuntum bunga kantan
8 keping asam gelugur
garam & gula secukup rasa
air secukupnya
Sambil rebus laksa boleh lah buat kuahnya


Bahan kuah


1 tin besar sardin (ambil sosnya sekali)
1 labu bawang besar
1/2 inci belacan
5 tangkai cili kering (MaDiHaA lebihkan sikit)
4 cwn air + 6 cawan lagi


Bahan sampingan
timun
bawang besar
telur rebus
hirisan cili padi
limau nipis/limau kasturi


* Ifa tambah nenas yg dipotong kecil2 utk dimasukkan di dalam kuah laksa.


Cara menyediakan
1. Semua bahan kuah dikisar halus. Masukan dlm periuk, lebihan sisa dlm belander di tambah dgn 6 cwn air dan curah dlm periuk.
2. Masukan daun kesum, bunga kantan, 8 keping asam gelugur, garam dn gula secukup rasa. & nenas
3. Bila dah gelegak rasa pun dah cukup sdp boleh lah tutup api. Ikut kepekatan kuah yang anda suka & bolehlah hidangkan laksa dengan bahan2 sampingan yang lain.





21 September 2015

Steamboat

Assalamualaikum.

Hari ni terasa nak makan steamboat sbb teringin sgt bila tgk kat fb...jadi Ifa pun pergi la carik barang2 nak buat steamboat ni. Barang-barang ni semua Ifa beli kat NSK sbb mudah nak carik dan banyak pilihan. 
Ifa rebus dalam periuk biasa je sbb buat masa ni belum beli lagi periuk khas utk masak steamboat ni. Periuk steamboat tu harga pasaran dalam RM170 ~ RM200 rasanya, siap ada tempat memanggang utk daging ke, udang ke atau apa2 je yang nak dipanggang. Lepas ni boleh carik periuk tu la sebab sedap dan puas makan buat sendiri. 




STEAMBOAT
Sumber: Fb Resepi Masak

Bahan-bahan Kuah Tomyam:
1 ulas bawang besar - potong 4
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang serai
Pes/perencah tomyam
1 biji tomato - potong 4
Daun limau purut
Garam



Cara-cara:
1. Masukkan bawang, serai dan daun limau ke dalam periuk yang berisi air dan biar hingga mendidih.
2. Masukkan pes tomyam, tomato dan garam secukup rasa. Biar seketika dan tutup api.

Bahan Sos Cicah:
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
Sos cili
Kicap pekat manis
Sos Ikan
1 sb tepung jagung
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Cili merahdan bawang putih dikisar.
2. Masak bahan yang dikisar tadi.
3. Tambah sos cili, kicap pekat manis dan sos ikan. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan sedikit garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk pekatkan kuah.

*Untuk penyediaan bahan-bahan steamboat, rebus bahan-bahan seperti bebola ikan, ketam, tauhu keping atau apa-apa yang anda suka ke dalam kuah tomyam yang tgh mendidih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...