1 March 2015

Spagetti

Assalamualaikum.

Petang ni kami semua tak nak makan nasi sebab pagi tadi Ifa dah buat nasi goreng ikan bilis untuk sarapan. Jadi Ifa buat la spagetti untuk makan petang dan malam ni. Spagetti ni pun sibujang Ifa tak suker. Kalau dia ada Ifa mesti buatkan pizza untuk dia. Pernah buat spagetti ni di sini dan sini.



SPAGETTI
Sumber: Kak Gee (Kawan Ifa masa ofis lama)

Bahan-Bahan:
400 gm daging kisar - dibersihkan dan ditos
2 tin sos prego tradisional
1 tin cendawan - dihiris
1 tin kecil tomato puree
1 biji cili benggala hijau - dipotong dadu
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil basil leaf
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan masukkan cili kisar.
2. Masukkan air, sos prego, tomato puree serta daging kisar. Didihkan sehingga daging empuk. Kalau air nak kering tambah lg 1 cawan.
3. Setelah daging empuk, masukkan cendawan, cili benggala, oregano dan basil leaf.
4. Masukkan garam. Didihkan sebentar.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama mee spegetti.

*Rebus mee spagetti bersama 1 sudu minyak masak + 1 sudu kecil garam




28 February 2015

Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum.

Hari ni Ifa masak sotong goreng kunyit lagi. Sotong ni menjadi kegemaran anak-anak Ifa kecuali sibujang yang tak suker. Sekarang ni sibujang dh tinggal di asrama, jadi Ifa tak ada la buat lauk lain utk dia. Kebetulan kat kws rumah Ifa ada jual sotong di pasar segar/gerai di seberang jalan pd sebelah petang je, jadi hubby Ifa pun terus la beli kat situ je. Buka pun cuma 3 hari seminggu je kalau nak beli ikan-ikan segar kat situ. 

Dah banyak kali Ifa buat sotong goreng kunyit ni, boleh lihat di sini, dan sini. Resepi kat bawah ni.





SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan:
1kilo sotong - dibersihkan, dan ditos.
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia -hiris
2 sudu besar cili kisar
1/4 air air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sedikit gula
Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1. Masukkan sotong ke dalam kuali dan masukkan serbuk kunyit serta garam.
2. Biarkan sotong didalam kuali sehingga air sotong seakan-akan nak kering airnya. (Mak ifa kata untuk kecutkan sotong sbb sotongkan banyak air)
3. Setelah itu angkat sotong didalam bekas lain dan masukkan minyak masak ke dalam kuali tadi. 
4. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi. Tumis hingga naik bau. Masukkan juga cili kisar.
5. Setelah sedikit garing, masukkan sotong yang telah dikecutkan tadi ke dalam kuali. Kacau rata.
6. Masukkan air asam jawa dan gula.
7. Sedia untuk dihidangkan.

"SELAMAT MENCUBA"




23 February 2015

Marble Butter Cake

Assalamualaikum.

Kek ni resepi asal adalah plain je tak de tambahan serbuk koko, tapi Ifa tambah serbuk koko utk jadikan kek marble. Kek yang sangat lembut, moist dan sedappp....




MARBLE BUTTER CAKE
Resepi asal : Bebop
Sumber: MakLang


Bahan A
250g butter
200g gula
210g tepung gandum } mklang guna self raising flour Ifa guna self raising flour
1st baking powder }

Bahan B
5 biji telur


*Ifa tambah 1 sdt esen vanila dan 2 sudu besar susu full cream.
*Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan 2 sudu besar serbuk koko.

Cara:
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4-5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160 C selama 50-6- minit atau uji dengan lidi dengan cucuk di bhg tengah kek. Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.





Nasi Mentega Kismis

Assalamualaikum.

Nasi ni Ifa dah banyak kali buat. Lihat di sini dan di sini.



NASI MENTEGA KISMIS
Sumber: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..



22 February 2015

Chocolate Chips Almond Muffin

Assalamualaikum.

Jom kita cuba resepi muffin yang lembut dan sedap ni. Terima kasih pada yang empunyer resepi ni.




CHOC CHIPS ALMOND MUFFIN
Sumber: Rinnchan Fotopages

Bahan-bahan:
BahanA (Diayak)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh garam

BahanB (Dipukul hingga kembang)
2/3 cawan majerin
1 1/3 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar

Bahan C ( Digaul dengan sedikit tepung)
1/2 cawan choc chips
1/2 cawan kismis
1/2 cawan almond cincang

* Sedikit choc chips dan almond slices utk ditabur atas muffin

Cara-cara :
1. Satukan A dan B. Kacau sebati. Masukkan C, Kacau guna spatula setakat sebati sahaja.
2. Masuk adunan ke acuan muffin 3/4 penuh. Tabur sedikit choc chips dan almond slices.
3. Bakar pada suhu 190 darj cel selama 25min -30min, bergantung kepada oven masing-masing.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...