11 June 2014

Bihun Goreng

Assalamualaikum.

Ifa pernah masak di sini dan di sini.



BIHUN GORENG

Bahan-bahan:
Bihun - direndam
5 biji bawang merah - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sudu besar cili kisar 
3 sudu besar udang kering - dikisar halus - Ifa guna ikan bilis
5 biji telur
3 @ 5 sudu besar kicap masin - ikut masing2
3 sudu besar sos cili - jika suka
Fish Cake - dipotong nipis dan digoreng
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar dan bahan-bahan tumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan udang kering @ ikan bilis kisar. Gaul sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam kuali dan hancurkan telur sebati dengan bahan-bahan tumis tadi.
3. Setelah itu masukkan bihun yang direndam tadi dan air. Gaul rata.
4. Masukkan kicap, sos cili, garam dan perasa. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan sawi dan fish cake yang telah digoreng tadi. Kacau hingga bihun masak.
6. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"



8 June 2014

Nasi Lemak Pandan

Assalamualaikum.

Ifa pernah buat di sini, sini, dan sini.





NASI LEMAK PANDAN

Bahan-bahan:
Untuk Nasi
3 cawan beras
1 inci halia - ditumbuk kasar atau hiris kasar
Sedikit Halba
1 1/2 cawan air pandan - dari 5 helai daun pandan
2 cawan santan 
Sedikit garam
2 titik pewarna hijau - jika suka

Cara-cara:
Basuh beras dan masukkan semua bahan-bahan diatas. Masak di dalam periuk elektrik.



Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis
5 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah - dikisar
sedikit belacan - dikisar 
1 biji bawang besar - dihiris separuh bulat
Air asam jawa
Gula - ikut kemanisan masing2
Garam
Ikan bilis goreng

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar dan bahan kisar hingga pecah minyak atau garing.
2. Masukkan air asam jawa dan bawang besar.
3. Masukkan garam, gula dan ikan bilis goreng. Didihkan sebentar. Tutup api.
4. Hidangkan bersama nasi lemak pandan, ikan bilis goreng, timun dan telur rebus.


"Selamat Mencuba"




23 May 2014

Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum.
Hari ni IFa masak sotong goreng kunyit lagi. Resepi ni Ifa pernah buat di sini.




SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-Bahan:
1kilo sotong - dibersihkan, dan ditos.
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia -hiris
2 sudu besar cili kisar
1/4 air air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sedikit gula
Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1. Masukkan sotong ke dalam kuali dan masukkan serbuk kunyit serta garam.
2. Biarkan sotong didalam kuali sehingga air sotong seakan-akan nak kering airnya. (Mak ifa kata untuk kecutkan sotong sbb sotongkan banyak air)
3. Setelah itu angkat sotong didalam bekas lain dan masukkan minyak masak ke dalam kuali tadi. 
4. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi. Tumis hingga naik bau. Masukkan juga cili kisar.
5. Setelah sedikit garing, masukkan sotong yang telah dikecutkan tadi ke dalam kuali. Kacau rata.
6. Masukkan air asam jawa dan gula.
7. Sedia untuk dihidangkan.
"SELAMAT MENCUBA"



22 May 2014

Ikan Masak Acar

Assalamualaikum.

Ifa pernah buat di sini.


IKAN MASAK ACAR

Bahan-bahan:
Ikan kembung bulat atau apa2 je - digoreng dulu
1 biji cili merah - belah 2
2 biji cili hijau - belah 2
1 biji bawang besar - potong 4
3 ulas bawang putih - hiris
2 biji bawang merah - hiris
1 inci halia
Timun - potong mcm buat acar (jangan buang kulit)
2 sudu besar cuka
Sedikit biji sawi
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air 2 cawan
Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau.
2. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan, timun, cuka dan air asam jawa. Didihkan sebentar.
4. Masukkan cili merah, cili hijau, bawang besar dan biji sawi.
5. Sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"


Tauhu Sumbat

Assalamualaikum.

Ifa dah pernah buat di sini.



TAUHU SUMBAT
Sumber diperolehi: Potret Kasih
Bahan-bahan:
6-8 biji tauhu segar
1 batang timun ( potong memanjang)
1 batang karot ( potong nipis memanjang ) – saya tak letak, tak ada (Ifa tak letak)
100 g taugeh ( anggaran je) – di celur sebentar (Ifa tak letak)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Goreng Tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar.
2. Tauhu di potong 2, belah tengahnya kemudian sumbat dengan sayur-sayuran tadi.
3. Hidangkan dengan sos cili berkacang.


SOS CILI BERKACANG
Bahan-bahan:
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula pasir@ 3 sudu besar gula merah
1 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
2 sudu besar kacang tumbuk’

2-3  sudu makan cuka
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dalam periuk dan masak hingga pekat sedikit.
2. Sesuaikan rasa manis, masin dan masamnya. Boleh tambah jika kurang.
3. Semasa menghidang taburkan dengan kacang tumbuk.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...