14 January 2013

Nasi Goreng Ikan Bilis

Assalamualaikum.

Buat lagi nasi goreng ni. Tapi kali ni Ifa tak letak cili kisar...tp letak cili padi. Nasi tu tak nampak merah sbb Ifa guna cili padi hijau. Letak skit je, kalau byk2 nnt sah2 anak Ifa sikecik tu tak makan.
Ifa dah pernah buat nasi goreng ni. Cari kat sini ye...

11 January 2013

Kek Lapis Asam Manis

Assalamualaikum.

Rasa tak sabar2 dah nak cuba buat kek lapis asam manis ni. Macam-macam jugak Ifa jumpa resepi ni...ada versi kukus dan bakar. tapi Ifa tertarik dgn resepi bakar ni sbb Ifa ni memang malas sgt kalau part kukus mengukus ni, rasa bakar lagi mudah.

Tengok pada kek lapis asam manis dayang jack tu mengancam sungguh sbb kalerpul, tapi malas dtg pulak dalam part kaler2 ni, jadi Ifa buat versi plain je a.k.a versi malas...hehehe... 

Jom tgk resepi yg sedap sgt2 ni....copy paste je...minta halal tuan punyer resepi ye...





KEK LAPIS ASAM MANIS
Sumber diperolehi: DayangJack@DapurKuSayang



Bahan-bahan:
loyang 8" x 8" atau 9" x 9" - Ifa guna 8" x 8"


10 biji telur A
200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
450 g mentega berkualiti
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
150 g gula kastor
300 g susu pekat manis
haw slice/ hawflake secukupnya
pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)

Cara-caranya:
Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)


Nota :***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.***sukatan gula mengikut citarasa

***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya

***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.



Adunan kek lapis siap utk dibakar.


Susun asam manis atas kek yg telah dibakar selapis tadi.


Tambahkan adunan kek lapis dan ratakan.


Bakar semula...buat proses ini hingga habis.



Pop Cake

Assalamualaikum.

Pop cake ni Ifa dah buat minggu lepas tp br nak post hari ni, simpan je sbb kemalasan tahap gaban la tu. Pop cake ni sesuai utk dijadikan goodies utk budak2 bila hari jadi kan. Dengan rasa yg sedap, menarik dan tertarik ni bukan saja budak2 suke...mak dan bapa2 budak pun mesti suke punye.

Yang ni guna kek coklat je, tp adunan tambahan tu kene pandai2 la sesuaikan dengan rasa kesedapan tekak masing2 ye.

Jom tengok resepi pop cake cara Ifa....



POP CAKE

Bahan-bahan:
1 biji kek coklat
200 gm cream cheese
1/2 cawan gula icing (diayak)




Cara-caranya:
1. Ramas kek coklat sehingga hancur, ketepikan.
2. Pukul cream cheese sehingga kembang dan masukkan gula icing. Pukul sebati.
3. Setelah itu gaulkan adunan cheese ke dalam kek coklat tadi.
4. Bulat-bulatkan adunan kek coklat tadi hingga habis.
5. Simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
6. Cairkan coklat milk compaund dan white compaund secara double boil.
7. Celupkan batang lolichoc ke dalam coklat dan terus cuck kek bulat2 tadi pada batang lolichoc.
7. Celupkan kek yg telah dibulat-bulatkan tadi ke dalam coklat cair.
8. Hias pop cake anda ikut pada kreativiti masing-masing.


"SELAMAT MENCUBA'



Gaulkan adunan cream cheese dalam kek coklat yg telah dihancurkan.

Rupa kek coklat selepas dicampur dgn adunan cheese.


Bulat-bulatkan kek coklat sama besar sebelum dicelup ke dalam coklat cair.

Ifa guna scope ais cream ni utk jadikan pop cake sama saiz.



Roti Sardin Bakar

Assalamualaikum.

Hari ni nak buat roti bakar sardin...boleh buat bekal sekali utk anak2 dan utk diri sdri...hehehe.....


ROTI SARDIN BAKAR

Bahan-bahan:
Roti
Mentega - utk sapu atas roti

Untuk Inti
1 tin sardin
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 sudu kecil asam jawa ADABI
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Tumis bahan hiris dan kisar hingga garing.
2. Masukkan sardin, hancur2kan isi sardin tu.
3. Masukkan air, garam dan asam jawa. Kacau sebati. Dah masak tutup api. Biar sebentar.

Dah siap inti roti sardin ni....

*Sediakan roti yg telah disapu dengan mentega. Kemudian letak sardin sikit dan tutup dengan sekeping lg roti. Sedia utk dibakar.

Ifa guna pembakar roti mcm ni. Pemberian dr ayah tersayang...macih ayah...


Siap bakar...

Jemput makan semua....

8 January 2013

Daging Gulai Kawah

Assalamualaikum.
Masak apa hari ni ye. Ifa dah lama tak beli gulai kawah kat bandar baru sg buloh. Nama gerai tu kalau tak silap Ifa Gulai Kawah kot. Daging gulai kawah tu memang sedap...biase Ifa beli gulai tu je..pastu balik masak nasik dan goreng ikan masin kembung...mmmm... memang sedap. 
Resepi ni Ifa terjumpa dalam buku masakan. Hubby Ifa kata sama mcm gulai kawah beli tu...hehehe...ye la kot. Tp yg penting memang sedap. Jom tengok resepi kat bawah.


DAGING GULAI KAWAH
Sumber diperolehi: Buku Masakan

Bahan-bahan:
1/2 kg daging - potong dadu
10 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris
1 keping gula melaka
1 sudu jus asam jawa
500 ml santan pekat
4 sudu besar rempah kari daging
5 sudu besar minyak masak
Rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pala
Garam & gula secukup rasa




Cara-caranya:
1. Tumis rempah 4 sekawan sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga garing.
4. Kemudian masukkan daging dan kacau sehingga air daging hampir kering.
5. Masukkan santan, jus asam jawa dan gula melaka. Kacau sebati dan biarkan mendidih sehingga daging empuk.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biar seketika dan angkat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...