13 December 2012

Tom Yam Ayam

Assalamualaikum.

Menu hari ni simple mimple je...tom yam campur simple sgt. Walaupun simple tp sedap jugak, tambah2 kalau makan dengan nasik panas2, ikan kembung masin dan telur dadar...mmmm....selera jugak la. Ni menu kalau kemalasan tahap gaban sgt...hehehe.
Jom tengok resepi ni.


TOM YAM AYAM

Bahan-bahan:
Daging Ayam - dibersihkan & dipotong kecil2
Sedikit bunga kobis
1 batang lobak merah
1 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji bawang putih - dihiris atau pecah2kan je 
3~4 helai daun limau purut
sedikit perahan air limau nipis
2 kiub Tom Yam Knorr
5 cawan air
garam secukup rasa
1 sudu makan minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai.
2. Setelah naik bau masukkan air, ayam, kiub tom yam dan daun limau purut.
3. Setelah mendidih masukkan lobak merah, bila dah agak lembut baru masukkan bunga kobis dan juga garam. Biarkan mendidih lagi.
4. Tutup api baru masukkan air limau nipis tadi. Sedia dihidangkan.

"Selamat Mencuba"

Telur Rebus Sambal Tumis

Assalamualaikum.

Yang ni lauk semalam sebenarnya, tak sempat nak update kat sini. Walaupun lauk ni simple sgt tapi bila dah mkn dengan nasik panas2...memang selera jugak la. Anak2 Ifa tak banyak ragam, lauk yg simple ni la yg membuatkan diorg bertambah2 nasik.

Resepi ni Ifa belajar dari mak Ifa. Kira memang selalu jugak la mak masakkan utk kami adik beradik, sbb memang suka sgt lauk yg bercili dan merah2 ni. 

Jom tengok resepi dibawah ni.


TELUR REBUS MASAK MERAH

Bahan-bahan:
** Untuk cili kisar
21 biji cili kering - dipotong, buang biji dan direndam
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
sedikit belacan
** blend semua bahan diatas.

5~6 biji telur rebus
Cili kisar (yg diatas tadi)
1 biji bawang besar
1 sudu kecil asam jawa - Ifa guna ADABI
1/2 cawan air
sedikit garam
3 sudu makan gula pasir
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar hingga pecah minyak atau masak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula.
3. Masukkan telur rebus tadi, masak hingga kuah agak pekat sedikit.
4. Masukkan bawang besar, kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"

Tips:
Kalau nak telur licin mcm ni tak melekat di kulit dan senang kupas, masa merebus telur tu letak 2 sudu kecil garam.



11 December 2012

Blueberry Creamcheese Buttercake

Assalamualaikum,

Resepi yang best sangat dan tak berhenti mengunyahnya. Memang sedap dan tak muak, tambah2 anak-anak Ifa memang suka makan kek yang ada cheese ni. Resepi yg sedap ni Ifa jumpa di blog Inahar's Cooking Time. Terima kasih pada yang empunye resepi ni ye.



BLUEBERRY CREAMCHEESE BUTTERCAKE
Sumber: Sinar Kehidupan Yatie & Yummylicious Jun & cookrepublik.com
Sumber diperolehi: Inahar's Cooking Time

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
250gm butter
250gm cream cheese
1/3 cawan susu segar
3 biji telur

Cara-Cara:
1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang. (kita guna loyang bulat 9")
2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. 4. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
5. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
6. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
7. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
8. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

17 October 2012

Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum,

Kali ni Ifa nak tunjuk brownies yang Ifa buat. Rasanya dah banyak kali buat ni sebab brownies ni memang sedap sangat. Tak jemu makan...tp jgn over pulak mkn ...takut naik pulak kg nnt...hehehehe. Ifa jumpa brownies mabeles ni di rinnchan fotopages. Kat situ siap tunjuk step by step lagi...senang sgt nak buat kalau ada mcm tu kan. 
Ifa copy paste je resepi tu...minta halal pada yang empunye resepi tu ye. Jom tengok resepi tu....






MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber diperolehi: Rinnchan Fotopages

Bahan-bahan:
250g butter
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proff paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.
Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak.
Biarkan sejuk sebelum dipotong.
 

11 October 2012

Tauhu Sumbat Dengan Kuah Cili Berkacang

Assalamualaikum,

Hari ni Ifa nak makan tauhu sumbat pulak. Sebelum ni dah banyak kali jugak buat tapi Ifa makan dengan sos cili berkuah je. Tapi bila terjumpa tauhu sumbat berkuah kacang ni rasa macam tak sabar nak cuba. Tengok kuah kacang tu macam sedap je. tapi bila dah siap...makan...memang betul la...sedap makan dgn kuah kacang tu. 

Ifa jumpa resepi ni di blog Potret Kasih. Minta halal resepi ni ye...






TAUHU SUMBAT
Sumber diperolehi: Potret Kasih
Bahan-bahan:
6-8 biji tauhu segar
1 batang timun ( potong memanjang)
1 batang karot ( potong nipis memanjang ) – saya tak letak, tak ada (Ifa tak letak)
100 g taugeh ( anggaran je) – di celur sebentar (Ifa tak letak)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Goreng Tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar.
2. Tauhu di potong 2, belah tengahnya kemudian sumbat dengan sayur-sayuran tadi.
3. Hidangkan dengan sos cili berkacang.


SOS CILI BERKACANG
Bahan-bahan:
2 sudu besar cili kering kisar

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar gula pasir@ 3 sudu besar gula merah

1 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
2 sudu besar kacang tumbuk’
2-3  sudu makan cuka

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dalam periuk dan masak hingga pekat sedikit,

2. Sesuaikan rasa manis, masin dan masamnya. Boleh tambah jika kurang.

3. Semasa menghidang taburkan dengan kacang tumbuk.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...