15 April 2015

Ikan Bilis Goreng Minyak

Assalamualaikum.


IKAN BILIS GORENG MINYAK

Bahan-bahan:
2 genggam ikan bilis - digoreng garing
2 biji kentang - dipotong memanjang dpt 8 keping
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji bawang merah - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
5 biji cili padi - ditumbuk atau dihiris
1 sudu kecil asam jawa - Ifa guna asam jawa ADABI
Sedikit garam dan gula
Minyak untuk menumis.

Cara-caranya:
1. Tumis bahan-bahan yang dihiris hingga sedikit layu.
2. Masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi.
3. Masukkan asam jawa, garam dan gula. Kacau sebati.
4. Sedia untk dihidangkan bersama nasi panas....

"SELAMAT MENCUBA"



Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum.



SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan:
1 kilo sotong - dibersihkan, dan ditos.
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia -hiris
2 sudu besar cili kisar - kali ni Ifa guna 1 biji cili merah yang dihiris
1/4 air air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sedikit gula
Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1. Masukkan sotong ke dalam kuali dan masukkan serbuk kunyit serta garam.
2. Biarkan sotong didalam kuali sehingga air sotong seakan-akan nak kering airnya. (Mak ifa kata untuk kecutkan sotong sbb sotongkan banyak air)
3. Setelah itu angkat sotong didalam bekas lain dan masukkan minyak masak ke dalam kuali tadi. 
4. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi. Tumis hingga naik bau. Masukkan juga cili kisar.
5. Setelah sedikit garing, masukkan sotong yang telah dikecutkan tadi ke dalam kuali. Kacau rata.
6. Masukkan air asam jawa dan gula.
7. Sedia untuk dihidangkan.

"SELAMAT MENCUBA"



Tauhu Sumbat

 Assalamualaikum.



TAUHU SUMBAT
Sumber diperolehi: Potret Kasih
Bahan-bahan:
6-8 biji tauhu segar
1 batang timun ( potong memanjang)
1 batang karot ( potong nipis memanjang ) – saya tak letak, tak ada (Ifa tak letak)
100 g taugeh ( anggaran je) – di celur sebentar (Ifa tak letak)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Goreng Tauhu hingga kekuningan. Angkat dan sejukkan sebentar.
2. Tauhu di potong 2, belah tengahnya kemudian sumbat dengan sayur-sayuran tadi.
3. Hidangkan dengan sos cili berkacang.


SOS CILI BERKACANG

Bahan-bahan:
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula pasir@ 3 sudu besar gula merah
1 ulas bawang putih ( tumbuk halus)
1 sudu kecil garam
1 cawan air

2 sudu besar kacang tumbuk
2-3  sudu makan cuka - Ifa guna cuka epal

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan kecuali kacang tumbuk dalam periuk dan masak hingga pekat sedikit,

2. Sesuaikan rasa manis, masin dan masamnya. Boleh tambah jika kurang.
3. Semasa menghidang taburkan dengan kacang tumbuk.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...