2 January 2013

Sup Ayam Simple

Assalamualaikum.

Kalau sampai rumah dah lambat, penat pulak tak hilang lagi...jadi menu Ifa selalunyer memang simple mimple je la. Ifa masak sup ayam lepas tu goreng ayam je. 

Jom tengok resepi sup ayam simple cara Ifa.


SUP AYAM SIMPLE

Bahan-bahan:
5 ketul ayam
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
sedikit kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pala
2 biji cengkih
1 batang daun sup - hiris halus
3 cawan air
1 biji kentang - jika suka
garam secukup rasa
1/2 kiub ayam
1 hiris limau nipis

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan hiris bersama rempah kering.
2. Bila dah naik bau masukkan air dan juga ayam.
3. Didihkan hingga ayam masak, masukkan garam dan kiub ayam.
4. Kemudian masukkan kentang, bila dah empuk baru masukkan daun sup. Tutup api.
5. Perahkan limau nipis. Siap....

"Selamat Mencuba"

Mee Kering Goreng & Kuew Tiau Goreng

Assalamualaikum.

Hari ni terlebih rajin pulak nak  buat sarapan sampai 2 jenis tu. Sbb si abang tu dah lama sgt nak makan kuew tiau goreng, jadi Ifa masakkan la utk dia. Yg si kakak pulak tak suka kuew tiau goreng, kene la Ifa masak yg dia suka iaitu mee kering goreng.
 Tp habis jugak la sbb memang peberet diaorg bila Ifa masak mcm ni. Kalau nak tgk resepi Mee Kering Goreng ada kat sini ye. 

Jom tengok resepi kuew tiau goreng cara ifa kat bawah ni.




KUEW TIAU GORENG
Sumber: Masakan Dari Ibu


Bahan-bahan:
1 bungkus kuew tiau
3 sudu besar cili kisar
3 biji bawang putih - ditumbuk kasar
5 sudu besar kicap masin - Ifa guna kicap masin kipas udang
3 biji telur
sedikit taugeh


"Selamat Mencuba"


28 December 2012

Best Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum.

Kek ni Ifa dah lama buat tapi baru nak pos hari ni. Kek ni memang sedap dan terasa kemewahan coklat dan kelembapan kek tu. Sesapa yang menag suka sgt dengan kek coklat ni, haaa ni memang sesuai utk anda...hehehe.

Resepi ni Ifa jumpa di blog Cute Oven, Small Kitchen. Minta halal pada tuanpunyer resepi ni ye, Ifa copy paste je ye.


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber diperolehi: Cute Oven, Small Kitchen

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam 
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)

Cara Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C).
Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang.
Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.



RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

Bahan-bahan :
Susu segar - lebih kurang 1 cawan
1 Tbsp cuka masak atau jus lemon

Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
Boleh digunakan.


26 December 2012

Sandy Keju

Assalamualaikum.

Jom cuba buat biskut keju ni. Sedap jugak ye biskut yg ada keju ceddar ni...rasa lemak2 gitu. Yg teruja nak cuba tu sbb ada pulak letak bawang goreng. Nama biskut ni lain dari yg lain...sbb apa nama sandy tu ye...kalau tanya kat anak Ifa mesti dia teringat kartun spongebob tu... situpai Sandy...hehehe.
Jom tengok resepi kat bawah ni.


SANDY KEJU
Sumber diperolehi: sedaap

Bahan-bahan:

A.
120 gm butter
80 gm gula kastor
¼ sudu teh garam
40 gm cheddar cheese - diparut halus
1 Sudu besar bawang goreng - ramas

B.
100 gm tepong gandum
60 gm tepong naik sendiri
¼ Sudu teh soda bicarbonate
40 gm tepong gandum
40 gm cheese cracker kisar (brand pringles)

Hiasan : merah telur / badam cincang/ cheddar cheese

Cara-cara:
1. Sebatikan butter, gula kastor & garam .
2. Masukkan semua jenis tepung dan cheese cracker .
3. Masukkan keju parut dan bawang goreng, kacau sebentar .
4. Canai dan terap dengan acuan .

Nota:
Optional: boleh letak ¼ paprika..jika suka
Hiasan: baya letak cheese diatas cookies :).




Nasi Goreng Ikan Bilis

Assalamualaikum.

Hari ni sarapan nasi goreng simple sangat. Kalau Ifa buat nasi goreng memang kosong je tak de sayur mayur bagai.....sbb anak-anak Ifa akan buat perhiasan...sayur2 tu letak kat keliling pinggan...hmmmm...mcm2 perangai anak-anak Ifa ni.

Jom tengok resepi tu.

NASI GORENG IKAN BILIS

Bahan-bahan:
3 mangkuk nasi
2 biji bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1 sudu besar cili kisar / cili padi tumbuk
2 biji telur
segenggam kan bilis
garam
perasa - semestinya Ifa letak tumix
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Gaul dan sebatikan nasi dengan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat.
3. Kemudian tumis pula bahan-bahan hiris dan setelah itu masukkan cili kisar.
4. Pecahkan telur dan hancur2kan telur tadi.
5. Masukkan nasi dan juga perasa. Kacau sebati.
6. Sedia utk dihidangkan.

"Selamat Mencuba"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...