11 February 2015

Nutella Orange Marble Butter Cake

Assalamualaikum.

Resepi yang sama dari resepi plain butter cake cuma Ifa tambah perisa oren dan nutella. Hasilnya memang tak cukup 1 slice la....





NUTELLA ORANGE MARBLE BUTTER CAKE
Resepi asal : Bebop
Sumber: MakLang


Bahan A
250g butter
200g gula
210g tepung gandum } mklang guna self raising flour Ifa guna self raising flour
1st baking powder }

Bahan B
5 biji telur


*Ifa tambah 1 sdt esen vanila, 1 sdt orange paste dan 2 sudu besar susu full cream.


* Buat corak marble dengan menggunakan nutella.

Cara:
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4-5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160 C selama 50-6- minit atau uji dengan lidi dengan cucuk di bhg tengah kek. Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.



9 February 2015

Condensed Milk Pound Cake

Assalamualaikum.


Kek pound ni memang sedap, semua anak-anak Ifa suker...sekejap je dh habis. Jom cuba buat...






CONDENSED MILK POUND CAKE
Sumber: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA:
120 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna golden churn) Ifa guna SCS
120 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum)* Ifa guna superfine flour
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/2 cawan susu pekat manis
45 gram gula halus
2 biji telur gred A
Secubit garam
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 7 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan garam, putar hingga gebu. Tuang susu pekat manis dan putar lagi hingga sebati.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata.
  4. Akhir sekali masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga mendapat adunan yang licin, jarak masa antara 1 biji telur ialah 1 minit. Tuang dalam tin tadi dan bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
  5. Uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah, jika keluar bersih tandanya kek anda telah masak. Uji kek kira2 5 minit tempoh terakhir masa membakar. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Taburkan sedikit gula aising sebelum dihidangkan, jika suka...





16 November 2014

Ikan Bilis Sambal Petai

Assalamualaikum.




IKAN BILIS SAMBAL PETAI

Bahan-bahan:
** Untuk cili kisar
21 biji cili kering - dipotong, buang biji dan direndam
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
sedikit belacan
** kisar semua bahan diatas.

Ikan bilis - digoreng hingga garing
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 sudu besar asam jawa - Ifa guna Adabi
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
3 sudu besar gula
5 sudu besar minyak

Cara-caranya:
1. Tumis cili kisar tadi sehingga garing dan pecah minyak.
2. Masukkan air dan asam jawa, didihkan sebentar.
3. Masukkan ikan bilis, petai, garam dan gula. 
4. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat. Didihkan sehingga kepekatan kuah yang dikehendaki.
5. Sedia untuk dihidangkan.


"Selamat Mencuba"






1 November 2014

Potato Fritters

Assalamualaikum.




POTATO FRITTERS
Resepi Oleh : Noraida Durani
Sumber: Azlita Masam Manis

3 biji kentang ~ di sagat jangan halus sangat ya
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang atau daun sup
1 tangkai cili merah
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak


Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula
Gaul sebati
Panaskan minyak masak dalam kuali leper
Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak
Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan
Taburkan sedikit lada hitam
Biar garing baru terbalikkan sebelah lagi
Bila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya
Sedia di hidangkan bersama sos cili


28 October 2014

Roti Sarang Lebah

Assalamualaikum.

Memang sedap roti ni, lembut je. Dah banyak kali jugak Ifa buat sbb anak bujang & hubby suker sgt. Ifa copy paste je resepi tu...tkasih byk2 pd yg empunya resepi.




ROTI SARANG LEBAH
Sumber: FB Lydia Honey 

DOH:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh dry yeast
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yogurt, suhu bilik
1/4 cawan minyak sun flower Ifa guna minyak jagung daisy
1/2 cawan air suam

**Almond flakes, pumpkin seeds & butterscotch jika suka


CARA-CARANYA:
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic..
. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
8. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
9. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit.
12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
13. Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.








BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter


Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...