28 October 2014

Roti Sarang Lebah

Assalamualaikum.

Memang sedap roti ni, lembut je. Dah banyak kali jugak Ifa buat sbb anak bujang & hubby suker sgt. Ifa copy paste je resepi tu...tkasih byk2 pd yg empunya resepi.




ROTI SARANG LEBAH
Sumber: FB Lydia Honey 

DOH:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh dry yeast
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yogurt, suhu bilik
1/4 cawan minyak sun flower Ifa guna minyak jagung daisy
1/2 cawan air suam

**Almond flakes, pumpkin seeds & butterscotch jika suka


CARA-CARANYA:
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic..
. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
8. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
9. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit.
12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
13. Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.








BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter


Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .





Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum.




JERUK MANGGA ASAM BOI
Sumber: Azlita Masam Manis


4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ ita tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!



Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis.
Ita ikut cara ibu mertua, rendam dahulu mangga dengan air kapur. Menurut kata ibu mertua ita ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk.

Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.

Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata
Akhir sekali masukkan asam boi.
Ita tambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.. kalau guna limau kasturi lagi sedap!
Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk.
Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.




19 October 2014

Roti Sosej

Assalamualaikum.



ROTI SOSEJ
Sumber: Zalin Zalina


250 gram Tepung Roti / High Protein
50 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram Air Suam (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

*Ifa tambah sos cili, mayonis dan mozarella atas roti sosej tu.

*Cara-cara buat boleh tengok kat blog zalin zalina ye.





18 October 2014

Kuih Ketayap Polkadot

Assalamualaikum.






KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
Resepi: Kak Wan
Sumber: CT Delima
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A

1 cawan tepung gandum
2 biji telur (*akak letak 1 biji je)
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan)
1 sudu teh garam
pewarna hijau
1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak)
sedikit minyak utk disapu pada kuali

Inti (*akak buat inti citarasa akak sendiri - hampir sama jek dgn kak Wan punya)

1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah (*akak guna 1/4 cawan gula melaka yg dihancurkan, 1/4 cawan gula merah)
sedikit air (*akak x letakpun)
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung (akak letak tepung jagung)


Cara-cara :

Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)

Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)

Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)

Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.


15 October 2014

Puding Cendol

Assalamualaikum.




PUDING CENDOL
resipi :Ogy@Tuntung15
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam

Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah ~ k.nor guna campuran nisan dan gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam



Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastik (saiz plastik mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocok kuning telur didalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.

Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

## selalunya bila K.Nor buat puding ni, utk bahagian lapisan atas tu K.Nor akan tambah air sebanyak 100ml lagi sbb teksture asal tu agak keras sket bg K.Nor. K.Nor lebih suka teksture puding yg lebih lembut sket. Terpulang pada masing2 ya..


## utk lapisan bawah K.Nor hanya guna 1 cawan gula atau lebih kurang 12 sudu besar. Sbb K.Nor kurang suka manis2 sgt dan utk lapisan atas tu mmg kena rasa sendiri la kalau nk buat sbb jenis2 gula merah ni berbeza. Jadi tak leh nk bg tau sukatan yg tepat.


9 October 2014

Roti Sosej

Assalamualaikum.




ROTI SOSEJ
Sumber: Zalin Zalina


250 gram Tepung Roti / High Protein
50 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram Air Suam (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

*Ifa tambah sos cili, mayonis dan mozarella atas roti sosej tu.

*Cara-cara buat boleh tengok kat blog zalin zalina ye.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...