26 December 2013

Nasi Mentega Kismis



NASI MENTEGA KISMIS

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..




22 December 2013

Mee Kering Goreng

Assalamualaikum.




MEE KERING GORENG
Sumber: Masakan Dari Ibu

Bahan-bahan:
5~6 keping mee kering - direndam tp jgn lembut sgt. dan toskan
3 ulas bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
sejemput ikan bilis/udang kering - kisar halus
3 sudu besar cili kisar
3 biji telur
3 keping fish cake - hiris nipis dan digoreng dulu
3 sudu makan kicap masin
Sayur sawi
Minyak untuk tumis


Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi iaitu bawang merah dan bawang putih. 
2. Kemudian masukkan cili kisar, dan seterusnya ikan bilis kisar.
3. Kemudian masukkan 3 biji telur dan gaul sebati.
4. Masukkan pula mee kering yg telah direndam tadi, masukkan juga kicap dan perasa. Kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan fish cake goreng. Kacau sebati.
6. Taburkan bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.


"Selamat Mencuba"



18 December 2013

Udang Goreng Minyak

Assalamualaikum.



UDANG GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan:
1 kilo udang - dibersihkan, dan ditos.
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia -hiris
2 sudu besar cili kisar
1/4 air air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sedikit gula
Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1. Masukkan udang ke dalam kuali dan masukkan serbuk kunyit serta garam.
2. Biarkan udang didalam kuali sehingga air udang seakan-akan nak kering airnya. 
3. Setelah itu angkat udang didalam bekas lain dan masukkan minyak masak ke dalam kuali tadi. 
4. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi. Tumis hingga naik bau. Masukkan juga cili kisar.
5. Setelah sedikit garing, masukkan udang tadi ke dalam kuali. Kacau rata.
6. Masukkan air asam jawa dan gula.
7. Sedia untuk dihidangkan.

"SELAMAT MENCUBA"


17 December 2013

Sup Ayam






SUP AYAM SIMPLE

Bahan-bahan:
5 ketul ayam
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
sedikit kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pala
2 biji cengkih
1 batang daun sup - hiris halus
3 cawan air
1 biji kentang - jika suka
garam secukup rasa
1/2 kiub ayam
1 hiris limau nipis

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan hiris bersama rempah kering.
2. Bila dah naik bau masukkan air dan juga ayam.
3. Didihkan hingga ayam masak, masukkan garam dan kiub ayam.
4. Kemudian masukkan kentang, bila dah empuk baru masukkan daun sup. Tutup api.
5. Perahkan limau nipis. Siap....

"Selamat Mencuba"






Ayam Masak Cili Padi

Assalamualaikum.





AYAM AMSAK CILI PADI

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil dan digoreng
1 biji bawang besar - dihiris bulat
*5 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*20 biji cili padi
1/8 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Kisar bahan-bahan bertanda * hingga halus.
2. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
3. Tumis hingga bahan-bahan tadi garing.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula serta ayam yang telah digoreng tadi.
5. Kacau sebati dan setelah masak sedia untuk dihidangkan.

"SELAMAT MENCUBA"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...