Assalamualaikum.
Cantik tak agar-agar ni? Tengok kaler2 tu pun dah menarik...sebab tu la rasa semangat je nak mencuba. Bagi Ifa, nak buat agar-agar ni kira leceh juga, tp bila dah potong rasa seronok pulak tengok hasil tu...memang cantik sgt. Agar-agar Lapis Pelangi ni Ifa dpt kat aziemas@myresepi.com. Jom tengok resepi kat bawah ni:
AGAR-AGAR LAPIS PELANGI
Sumber: aziemas@Myresepi.com
Bahan A
2 sudu makan serbuk agar-agar
120o ml air 200 gm gula
pewarna (ikut suka)
Bahan B
2 sudu makan serbuk agar-agar
400 ml santan (masa nak buat ni santan tak de,Ifa guna susu cair je)
800 ml air
200 gm gula
1/2 sudu teh garam
Cara-caranya:
1. Masak bahan A hingga hancur (kecuali warna).
2. Kemudian tapiskan, letak dlm mangkuk, biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan atas api kecil.
3. Masak bahan B hingga hancur (kecuali santan & garam).
4. Bila dah masak, masukkan santan dan garam, didihkan sekejap saja. Buat seperti bahan A - tapis letak dlm mangkuk dan biarkan dlm bekas lain (double boiler) atau biarkan atas api kecil.
5. Cara melapis: Sukat 250 ml agar2 A dan letak pewarna, masukkan dlm loyang dan biarkan 5 minit atau keras.
6. Bila lapisan pertama dah keras, lorekkan permukaan agar2 dgn garfu supaya lapisan seterusnya akan melekat. Sukat lagi 250 ml agar2 B dan tuangkan dlm loyang, biarkan dlm 5 minit lagi.
7. Ulangi langkah 5 & 6 sehingga habis... setiap kali letak agar2 A tu, kenelah letak pewarna kesukaan. TAPI jangan lupa setiap lapisan yang dah keras mesti dilorek dengan garfu.
8. Sapa2 yang tak suka manis boleh kurangkan gula.

p/s: Sebenarnya Ifa buat agar-agar ni untuk mak mertua Ifa, tp rasa mcm susah skit dia nak kunyah...lagi pun dia suka kalau buat kuih2 yg ada kuah/berair je...pastu Ifa pun modified la skit agar2 Lapis Pelangi ni. Kira dah jadi Agar-agar Lapis Pelangi Koktel pulak...rasanyer memang best lg, tambah2 makan sejuk2...nyaman tekak. Laju je tgk mak mertua makan...hehehehe. Nak cuba buat kuahnyer cuba la resepi kat bawah ni ye...
Kuah Kastard
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin air
2 sb gula (nak manis boleh tambah lagi)
1 sudu besar tepung kastard
sedikit garam
Cara-caranya:
1. Didihkan semua bahan tadi, ikut pada kepekatan yang dikehendaki.
2. Bila dah sejuk, curahkan pd agar2 Lapis Pelangi tadi yang dah dipotong kecil2.
Ni la hasilnyer... versi ikut suka...