Assalamualaikum.
Masak nasi mandy lagi hari ni... Kalau hubby Ifa dah suker, memang itu la dia nak makan. Sebab hubby Ifa ni memang suker sangat makan nasi arab. Nasi Mandy kali ni kami makan dengan daging panggang yang Ifa beli dari kawan Ifa iaitu kak khem. Kalau berminat boleh la order dari dia ye.. No hp kak khem 019-3524388.
NASI MANDY
PENYEDIAAN: 4 ORANG
MASA: 30 MINIT
BAHAN:
4 cawan Beras Basmahthi Panjang- di basuh berasingan
4 cawan Air/ air rebusan daging
1/2 Cawan Minyak Sapi ( Ghee) atau Minyak Jagung
1 sdm Serbuk jintan Manis
1 sdm Serbuk Jintan Putih
1 sdm Serbuk Ketumbar
1/2 sdk serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 biji Buah pelaga
3 ktm Bunga Lawang
3 ktm Bunga cengkih
2 sdm Gula
1 sdm Garam
1 sdm Serbuk perasa Ayam
Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kecuali air kedalam periuk nasi, kemudian kacau hingga rata.
2. Tuang Air kedalam periuk. kemudian tanak nasi seperti biasa.
TIP: UNTUK MENAMBAHKAN AROMA PADA NASI BOLEH MASUKAN IKATAN DAUN PANDAN,HIRISAN HALIA,HIRISAN BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH.
NASI MANDY INI BOLEH DI HIDANG DENGAN AYAM PANGGANG ATAU KAMBING PANGGANG BEREMPAH DAN TOMATO SALSA.
No comments:
Post a Comment